Penyerang utama Red Devils, Romero Lukaku, yang tercedera ketika pertemuan berdepan Arsenal tempoh hari dijangka cergas sepenuhnya untuk diletakkan dalam kesebelasan utama final Piala FA di Stadium Wembley pada 19 Mei ini.
Terdahulu, kem United dihimpit keresahan apabila penjaring terbanyak mereka dengan 16 gol liga itu terpaksa dikeluarkan selepas pergelangan kakinya diterjah keras pemain Arsenal, Konstantinos Mavropanos.
Selepas kemenangan ke atas Arsenal, Jose Mourinho boleh menarik nafas lega apabila laporan perubatan menyaksikan tiada sebarang kecederaan serius dan Lukaku dijangka boleh diturunkan pada aksi final nanti.
Romero Lukaku telah pun meledakkan 27 gol dalam semua pertandingan musim ini dan beliau merupakan pemain antarabangsa Belgium. Perkembangan positif terbaru ini tentunya turut melegakan pengendali Belgium, Roberto Martinez, yang pastinya menagih kudrat Lukaku untuk saingan Piala Dunia Rusia 2018.
Peminat Manchester United juga pasti lega kerana rekod menunjukkan, Lukaku adalah pemain paling kerap berada dalam kesebelasan utama selain David De Gea dan andainya beliau tidak sempat pulih, situasi ini pastinya merencatkan pergerakan jentera serangan United.
Dayang juga percaya, kembalinya Lukaku nanti pasti akan menambah sengat jentera serangan dan juga keyakinan rakan sepasukan. Ini amat penting kerana Piala FA adalah satu-satunya peluang buat Manchester United untuk merangkul trofi bagi musim ini.
Dengan kejuaraan liga telah pun menjadi milik Manchester City, Dayang berharap United mampu menamatkan baki perlawanan dengan kemenangan untuk menjamin kedudukan kedua liga selain muncul juara Piala FA pada aksi di Stadium Wembley nanti.