Di Merseyside, England, ada pepatah tempatan yang berbunyi "tahun ini adalah tahun kami", namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sejak Liverpool memenangi kejuaran terakhir liga divisyen utama England pada 1990.
Musim ini merupakan musim terhebat ayat itu diperkatakan selepas pasukan itu dilihat sebagai pilihan utama untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Namun, hasrat penyokong Liverpool untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun mereka semakin getir sebaik The Reds sekadar terikat tanpa jaringan dengan Manchester United di Old Trafford, malam tadi.
Keputusan itu juga menyaksikan pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer, memanjangkan rekod tanpa kalah sejak mengambil aih pasukan itu kepada 10 perlawanan liga berturut-turut.
Rekod itu pada awalnya menjadi mainan jenaka penyokong The Reds dengan sindiran-sindiran seperti:
"Lawan pasukan bawahan bolehlah tak kalah, tunggulah jumpa Liverpool nanti."
"Tak kalah pon masih nombor enam, pasukan pertengahan lah katakan."
Bagaimanapun, Solskjaer mengubah pandangan itu sebaik mereka menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di Stadium Wembley bulan lalu.
Yang terbaru, mereka mengikat seri pasukan pendahulu Liga Perdana, Liverpool, untuk membiarkan pasukan itu hanya berkelebihan satu mata di depan pencabar terdekat, Manchester City.
Lebih menarik, Solskjaer hanya melepaskan empat mata daripada 10 perlawanan (lapan kemenangan, dua seri) dengan kutipan 26 mata.
Biarpun tidak memenangi Liga Perdana musim ini, Solskjaer mungkin sekurang-kurangnya boleh berbangga andai keputusan seri itu -- selepas pasukannya beraksi dalam babak kedua tanpa sebarang pertukaran pemain dan penyerang utama yang beraksi dalam kecederaan -- menjadi salah satu punca seteru utama itu mengekalkan defisit dua kejuaraan divisyen utama England di belakang pasukannya yang memegang rekod tertinggi sebanyak 20 kejuaraan.
Bayangkan jika Liverpool masih lagi gagal meraih kejuaraan musim ini, sudah pasti "pepatah" tersebut akan kekal berlegar-legar sebagai satu lagi episod duka buat juara lima kali Liga Juara-Juara Eropah itu.