Liverpool mungkin boleh meraih sedikit kelegaan kerana mengekalkan tangga teratas tapi Jurgen Klopp
kini berdepan isu baru yang perlu diselesaikannya jika masih menaruh harapan untuk kekal juara.
The Reds kini sudah melalui satu rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan, dengan yang terbaru ditundukkan Southampton 1-0 di Stadium St. Mary’s awal pagi semalam.
Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 20/21 ini yang baru menghampiri separuh jalan, telah pun menghasilkan satu siri keputusan mengejut, dengan pasukan-pasukan besar keciciran mata hampir saban minggu.
Tidak terkecuali, Liverpool yang dibebani isunya sendiri dengan rentetan kecederaan berprofil besar hingga Klopp terpaksa memperjudikan Jordan Henderson di bek tengah ketika berdepan The Saints.
Namun, kepemimpinan dan pengalamannya mengemudi benteng gagal menghindarkan Liverpool daripada dibolosi seawal minit kedua permainan lagi.
James Ward-Prowse menyungkit satu sepakan percuma untuk Danny Ings – bekas pemain Liverpool – melambungkannya melepasi Alisson selepas Trent Alexander-Arnold gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Apa yang harus lebih membimbangkan Klopp ialah apa yang menyusul sesudah jaringan itu yang kini menjadi ‘penyakit’ juara bertahan itu sejak beberapa minggu kebelakangan.
Kejayaan membelasah Crystal Palace 7-0 sebelum Krismas (19 Dis) kelihatan menjadi penanda aras baru buat Liverpool ketika itu, sebaliknya ia kini terserlah sebagai sesuatu yang hanya sesekali berlaku.
Ketika berdepan West Brom (1-1 pada 28 Dis), mereka menyerlahkan penguasaan dan mencipta selori peluang tanpa benar-benar menggugat kecuali gol pendahuluan Sadio Mane selepas 12 minit.
Ketumpulan dan kebuntuan mereka terhadap pasukan di tangga ke-19 itu harus dilihat lebih buruk jika dibandingkan dengan Leeds dan Arsenal yang menundukkan lawan serupa 5-0 dan 4-0 minggu lalu.
Berselang cuma tiga hari (31 Dis), Liverpool berpeluang menebus rasa hampa tapi sekali lagi rangkaian Mohamed Salah, Mane dan Roberto Firmino tertinggal taring mereka di rumah untuk diikat 0-0.
Tidak banyak yang berbeza berdepan Southampton, dengan Liverpool menekan untuk mencari gol penyamaan dalam separuh masa kedua, namun mereka jelas bankrap idea dan muflis kreativiti.
Malah, bukan hanya dalam ketiga-tiga perlawanan itu, Liverpool juga hambar ketika menentang Fulham (1-1 pada 14 Dis) dengan hanya sepakan penalti Salah menyelamatkan mereka daripada keaiban.
Pasukan-pasukan lawan tahu betapa berbahayanya serangan Liverpool jika mereka diberi masa dan ruang. Namun, dengan kedua-dua perkara itu dinafikan, The Scousers hanya setara dengan pasukan kecil-kecilan.

Kejayaan Klopp bersama Liverpool adalah berpaksikan kemampuannya mencari jalan buat rangkaian penyerangnya itu mengganas tapi semakin lama, mereka semakin tidak menggerunkan lawan.
Di sebalik berkeras pasukannya dinafikan satu sepakan penalti, Klopp mengakui ia bukan pun alasan sebenarnya.
“Tahniah kepada Southampton kerana mereka lebih berhak,” katanya kepada BBC Sport. “Kami tahu apa yang kami akan dapat daripada mereka. Kami tidak boleh berasa terkejut tapi kami kelihatan terperanjat.
“Kami sepatutnya melakukan yang lebih baik, sebaliknya kami bermain mengikut rentak mereka dengan permulaan kami yang sangat goyah.
“Cara kami membuat keputusan adalah tidak bagus. Itulah keadaannya apabila anda tiada momentum. Kami sepatutnya meraih lebih banyak peluang tapi tidak.
“Sekarang kami perlu menunjukkan tindak balas,” hujah Klopp yang harus senak perut kerana kedudukan mereka boleh dipintas Manchester United jika mengalahkan Burnley pada 13 Januari ini.