“Jangan bersembunyi di sebalik kereta mewah, tatu atau deretan teman wanita. Kamu boleh lakukan semua itu selepas bersara!”
Kata-kata pedas itu dihamburkan Roy Keane terhadap ‘bintang’ Manchester United, Jesse Lingard, dalam studio Sky Sports pada 2018 gara-gara pemain itu disifatkannya sudah lupa diri dek sanjungan dan kemasyhuran sebelumnya.
Bekas kapten United, Gary Neville, turut mengecam pemain itu kerana memilih detik yang salah untuk melancarkan jenama pakaiannya menjelang pertemuan penting menentang Liverpool pada 16 Disember 2018.
The Red Devils ditundukkan 3-1 ketika itu yang membawa kepada pemecatan Jose Mourinho selaku pengurus berselang sehari selepas kekalahan di Anfield itu.
“Saya fikir bola sepak patut jadi keutamaan nombor satu. Orang mengatakan kamu perlu ada sesuatu yang lain di luar bola sepak tapi saya tidak fikir kamu patut memilikinya,” kata legenda United, Keane, lagi ketika itu.

Berselang hampir dua tahun sesudah itu, keadaannya bukan saja tidak bertambah baik buat Lingard, malah pemain tengah berusia 27 tahun itu yang kini dalam tahun terakhir kontraknya di Old Trafford, perlu dijual Januari ini jika United berharap untuk meraih wang daripada penjualannya.
Betapa bola sepak, seperti disimpulkan akhbar Daily Mail semalam, tersangat kejam terhadapnya.
Sejak tampil dalam barisan England yang tewas 1-2 kepada Croatia dalam separuh akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 12 Julai 2018, susur-galurnya tidak lagi sama buat Lingard.
Selain kehilangan tempatnya dalam skuad The Three Lions, nisbah gol dan bantuan jaringannya di peringkat kelab turut merudum di samping teruk dikecam gara-gara gangguan di luar padang dengan bersosial, yang diperburukkan oleh masalah keluarga.
Pun begitu, Lingard ditampilkan 40 kali dalam barisan United musim lalu – 20 daripadanya dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer tapi kebanyakannya ketika berdepan lawan tidak ternama seperti Rochdale, Tranmere Rovers, Derby County, Astana, Partizan Belgrade dan LASK Linz.
Ketibaan Donny van de Beek musim panas lalu sekadar membataskan lagi peluang buatnya, sekalipun untuk berada di bangku pemain simpanan.
Terbaru, ikatannya dengan ejen super, Mino Raiola, terlerai selepas hanya 10 bulan bekerjasama – sesuatu yang sekadar mengehadkan peluangnya untuk menyertai pasukan besar jika dia angkat bungkus dari Old Trafford.
Ia tidak akan bertambah mudah buatnya jika diambil kira kemungkinan dia menyertai Tottenham atau Porto dalam jendela perpindahan terdahulu tidak pun menjadi kenyataan.
United masih memiliki opsyen untuk melanjutkan kontrak Lingard setahun lagi sehingga 2022 tapi jendela perpindahan Januari ini adalah peluang terakhir kelab itu untuk mendapatkan yuran perpindahan daripadanya atau dia akan menjadi ejen bebas selepas itu.

Masa kian mencemburui Lingard dan leteran Keane harus semakin bingit terngiang-ngiang di telinganya.
Dengan hari-hari terakhirnya bersama United kian berlalu, perubahan suasana dan cabaran mungkin adalah apa yang diperlukan untuk kariernya bersemarak semula.
Tentunya akan ada bidaan daripada kelab Liga Perdana Inggeris lain Januari ini.
Kata-kata pedas itu dihamburkan Roy Keane terhadap ‘bintang’ Manchester United, Jesse Lingard, dalam studio Sky Sports pada 2018 gara-gara pemain itu disifatkannya sudah lupa diri dek sanjungan dan kemasyhuran sebelumnya.
Bekas kapten United, Gary Neville, turut mengecam pemain itu kerana memilih detik yang salah untuk melancarkan jenama pakaiannya menjelang pertemuan penting menentang Liverpool pada 16 Disember 2018.
The Red Devils ditundukkan 3-1 ketika itu yang membawa kepada pemecatan Jose Mourinho selaku pengurus berselang sehari selepas kekalahan di Anfield itu.
“Saya fikir bola sepak patut jadi keutamaan nombor satu. Orang mengatakan kamu perlu ada sesuatu yang lain di luar bola sepak tapi saya tidak fikir kamu patut memilikinya,” kata legenda United, Keane, lagi ketika itu.

Berselang hampir dua tahun sesudah itu, keadaannya bukan saja tidak bertambah baik buat Lingard, malah pemain tengah berusia 27 tahun itu yang kini dalam tahun terakhir kontraknya di Old Trafford, perlu dijual Januari ini jika United berharap untuk meraih wang daripada penjualannya.
Betapa bola sepak, seperti disimpulkan akhbar Daily Mail semalam, tersangat kejam terhadapnya.
Sejak tampil dalam barisan England yang tewas 1-2 kepada Croatia dalam separuh akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 12 Julai 2018, susur-galurnya tidak lagi sama buat Lingard.
Selain kehilangan tempatnya dalam skuad The Three Lions, nisbah gol dan bantuan jaringannya di peringkat kelab turut merudum di samping teruk dikecam gara-gara gangguan di luar padang dengan bersosial, yang diperburukkan oleh masalah keluarga.Pun begitu, Lingard ditampilkan 40 kali dalam barisan United musim lalu – 20 daripadanya dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer tapi kebanyakannya ketika berdepan lawan tidak ternama seperti Rochdale, Tranmere Rovers, Derby County, Astana, Partizan Belgrade dan LASK Linz.