Lee Chong Wei menarik diri dalam Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia.
Sudah nasib, apa boleh buat.
Masalah pernafasan yang dilihat serius sehingga dinasihati doktor untuk berehat sekurang-kurangnya sebulan pasti menggusarkan Chong Wei dan para peminat.
Seteru utama dari China, Lin Dan, juga penghalang kepada impian Chong Wei memenangi pingat emas Sukan Asia dan kejuaraan dunia serta pingat emas Sukan Olimpik pernah mengatakan selain skil dan bakat, seseorang atlet itu perlukan nasib untuk berjaya.
Lin Dan, juara dunia lima kali dan juara bertahan Sukan Asia masih ingat dalam final Kejohanan Dunia 2013, bagaimana Chong Wei mendapat kekejangan otot setelah mendahuluinya 20-17 dalam set penentuan dan tidak dapat meneruskan perlawanan untuk memberi kejuaraan kepadanya.
Kadang-kala sukan itu kejam.
Bagi jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek pula, dia mengatakan jarang sekali anak buahnya tidak hadir ke gelanggang latihan lebih dari seminggu dan kali ini nampaknya Chong Wei meletakkan kesihatan sebagai keutamaan.
Pada usia 35 tahun dan sudah berkeluarga dengan dua anak lelaki kecil, Chong Wei berkemungkinan besar melihat kehidupan daripada perspektif berlainan dan keutamaan juga berbeza.
Suka atau tidak, kesihatan dan bebas kecederaan merupakan intipati kejayaan karier sukan seseorang atlet.
Beraksi dalam tiga edisi Sukan Asia dengan pingat perak 2010, Chong Wei pasti kecewa tidak dapat melaksanakan impian merangkul emas di Indonesia kali ini.
Bukan itu sahaja, misi membalas dendam dalam pertemuan ulangan pusingan pertama menentang pemain Perancis, Brice Leverdez, yang mengejutkan Chong Wei tahun lalu dalam Kejohanan Dunia juga berkecai.
Tetapi, kini apa yang lebih penting adalah untuk Chong Wei sembuh dan kembali sihat untuk meneruskan perjuangan dalam sukan badminton dan kehidupan.