Belum pun reda dengan penswastaan kelab timbul pula pasal permohonan lesen kebangsaan dan lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang masih lagi gagal dikemukakan permohonannya oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ini telah disuarakan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saudara Stuart Ramalingam, tetang kebimbangan beliau terhadap pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Kebangsaan itu kerana tarikh permohonan sudah hampir tutup (31 Ogos 2020).
Sekiranya pasukan-pasukan itu gagal dalam permohonan, sudah pastilah pasukan-pasukan itu tidak dapat bertanding didalam liga kebangsaan dan peringkat Asia. Kenapa perkara-perkara sebegini masih boleh belaku lagi? Apakah sikap acuh tak acuh dalam kalangan pentadbiran pasukan itu membuatkan perkara sebegini sering berlaku sedangkan liga bola sepak negara kita telah diisytiharkan liga professional semenjak 1993 lagi.
Inilah masalah yang selalu terjadi pada setiap tahun dalam urusan pentadbiran di dalam pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga kita, bahkan ia sudah menjadi kebiasaan kepada mereka-mereka yang menguruskannya.

Apakah tidak ada pemantauan daripada ketua-ketua jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam setiap pasukan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, tidak ada penyusunan jadual-jadual kerja yang perlu dilakukan setiap hari atau sikap individu itu sendiri yang culas dalam melaksanakan kerjanya. Persoalan- dan tindakan sebeginilah yang menyebabkan industri bola sepak Malaysia ini dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat Malaysia kerana ia telah ditunjukkan sendiri oleh mereka-mereka yang terlibat dalam sistem bola sepak negara kita.
Bagi penulis, inilah sikap yang tidak professional dan negatif dipamerkan oleh segelintir pengurusan pentadbiran pasukan sedangkan individu-idovidu di dalam pengurusan itu sepatutnya menjadi contoh kepada pemain, khususnya penyokong. Sekiranya pemain-pemain gagal dalam misi memburu matlamat yang diletakkan pengurusan, sudah pasti pemain-pemain akan dipersalahkan dan dikatakan tidak professional.
Sebagai individu yang dipertangungjawabkan oleh pengurusan perlulah bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Susunlah jadual kerja yang telah diberikan dan buatlah satu sistem atau format bekerja yang boleh memudahkan setiap kerja itu dapat dilaksanakan mengikut jadualnya.
Bangkit dan sedarlah wahai orang-orang yang terlibat di dalam pengurusan, penat sahaja pengurusan FAM mencanang sana sini membentang hala tuju F:30 untuk mengubah minda pemikiran pengurusan persatuan atau pun kelab tetapi perkara ini terus terjadi.
Angkatlah etika bekerja secara professional itu dan janganlah hanya pandai bermain politik dikalangan semasa sendiri sahaja hanya demi kelansungan hidup sendiri.
Cukup-cukuplah dengan perangai segelintir masyarakat kita dalam industri sukan ini yang suka bermain politik bodoh sehingga merosakkan sistem dan industri itu sendiri.
Bantulah FAM dalam memajukan bola sepak kita demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

FRIENDLY - SELANGOR 2 3-2 PAHANG? Selangor 2 berjaya menewaskan Pahang dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan persahabatan ketiga mereka yang berlangsung di Stadium MBPJ, semalam. Ini merupakan kemenangan pertama Selangor 2 selepas tiga aksi persahabatan mereka setakat ini apabila tewas 0-2 kepada UiTM FC dan 0-1 kepada PJ City FC sebelum ini. Selangor 2 bakal meneruskan perlawanan persahabatan keempat mereka menentang Terengganu FC, esok (14 Ogos). Ikuti komen daripada pemain kedua-dua pasukan iaitu Shivan Pillay Asokan dan Faisal Abdul Halim sejurus tamat perlawanan. #LigaMalaysiaKembali
Posted by Malaysian Football League on Thursday, August 13, 2020