Memandangkan 24 Ogos ini merupakan tarikh berlangsungnya final Liga Juara-Juara Eropah di antara Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) yang akan beraksi tanpa penonton di Lisbon Portugal, penulis nak kongsi senarai pemain-pemain berprofil tinggi yang sebenarnya tak berapa nak lejen kerana tidak pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah. Mesti korang tak percaya jika melihat senarai kesebelasan utama ini. Betul ke diorang ni tak pernah menang UCL?
Gianluigi Buffon
Tak perlu diperkenalkan lagi, seorang penjaga gol antara yang terbaik sepanjang zaman, Piala Dunia pun Buffon dah pernah julang, itu belum kira kejayaan domestik sepanjang kariernya di Serie A, akan tetapi di pentas UCL, paling tinggi pencapaian beliau adalah sekadar aksi di dua pentas final pada 2015 dan 2017 bersama pasukan Juventus. Kira tak lengkaplah susunan trofi Buffon kerana tiada trofi kejuaraan Eropah.
Lilian Thuram
Pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama pasukan Perancis, Lilian Thuram antara pemain pertahanan berprofil tinggi yang tidak berkesempatan meraih kejuaraan UCL. Mengakhiri kariernya di Barcelona, apa yang menarik, Thuram menyertai Barcelona pada 2006 dimana tahun sebelumnya Barcelona menjuarai UCL, bersara pada 2008 dan pada 2009 Barcelona muncul juara UCL sekali lagi. Kalau dah bukan rezeki, memang sampai ke sudah lah tak dapat.
Fabio Cannavaro
Pemain kerdil yang tinggi dengan sifat kepimpinan. Khidmatnya paling diingati penulis sewaktu membantu Itali muncul juara Piala Dunia 2006. Biarpun beraksi buat pasukan yang sinonim dengan UCL seperti Real Madrid dan Juventus, pencapaian tertinggi Cannavaro hanya mara ke peringkat separuh akhir pada 2003.
Laurent Blanc
Melalui karier selaku pemain yang menakjubkan dengan bermain buat kelab-kelab besar seperti Inter Milan, Barcelona dan Manchester United, Blanc merupakan antara pelejen yang tidak mempunyai trofi lengkap biarpun beraksi dengan pasukan besar.
Rekod selaku jurulatih juga tidak begitu baik dengan hanya membimbing Bordeaux, Perancis dan PSG, tapi ada khabar angin mengaitkan beliau dengan skuad semasa Barcelona, mungkin ada rezeki dapat trofi UCL selaku jurulatih?
Sol Campbell
Bermain sezaman dengan Rio Ferdinad dan John Terry, detik terbaik Sol Cambell untuk menjulang kejuaraan UCL adalah pada 2006. Arsenal mara ke pentas buat pertama berdepan Barcelona. Disebalik kad merah yang diterima Jens Lehmann, Sol Campbell menghadiahkan gol pembukaan buat Arsenal di pentas final. Namun kekurangan bermain 10 orang menyaksikan mereka terpaksa akur tewas 2-1. Itulah kali pertama dan terakhir kelibat Sol Campbell di pentas EFropah.
Lothar Matthaus
Pemain ini pasti begitu membenci skuad Manchester United yang memenangi treble pada 1999. Dua gol pada minit akhir oleh Ole Gunnar Solskjaer dan Teddy Sheringham menyaksikan Matthaus terpaksa akur meninggalkan Bayern Munich tanpa kejuaraan UCL.
Perlawanan itu merupakan detik paling hampir untuk beliau menjulang kejuaraan UCL, dan lebih penting melengkapkan senarai trofi yang sepatutnya boleh disusun sebaris dengan trofi Piala Dunia, Pemain Terbaik Jerman, Pemain Eropah Terbaik, Pemain Terbaik Dunia dan 7 kejuaraan Bundesliga.
Pavel Nedved
Ini seorang lagi pemain dari liga Serie A yang memang lejen tetapi tiada kejuaraan UCL. 247 penampilan bersama Juventus sepanjang 9 tahun.
Pada 2003, Pavel Nedved dapat merasai detik final apabila Juventus berdepan AC Milan, tetapi! beliau tidak dapat diturunkan akibat penggantungan selepas mengutip banyak kad kuning pada perlawanan terdahulu. Kalau Nedved main lah, mungkin Juventus tidak tewas kepada AC Milan kan?
Michael Ballack
Antara maestro kegemaran penulis sewaktu era kegemilangannya. Ballack terkenal dengan karakter seorang pemimpin bengis yang sering bertelagah dengan rakan sepasukannya. Seorang lagi warganegara Jerman yang mungkin membenci pasukan Manchester United. Ballack hampir merangkul kejuaraan UCL pada 2007 bersama pasukan Chelsea, tetapi perkara itu dinafikan United yang menang menerusi sepakan penalti.
Gabriel Batistuta
Pencapaian pemain antarbangsa Argentina ini tidaklah segah namanya. Biarpun begitu, kualiti yang dimiliki Batistuta sepatutnya melayakkan dirinya mampu berdiri sebaris dengan penyerang-penyerang Eropah yang berjaya menjulang UCL.
10 tahun bakti ditabur di kelab Fiorentina dengan 269 penampilan, mungkin jika beliau memilih untuk berhijrah ke kelab yang lebih besar pada zaman kegemilangannya, trofi UCL mungkin sudah ada dalam genggaman.
Ronaldo De Lima
Jangan terkejut andai anda baru tahu fakta ini! Iya, benar. Ronaldo Luis Nazario de Lima ialah antara pemain berprofil tinggi yang tidak berjaya menjulang kejuaraan UCL. Bukan setakat itu, pentas final pun Ronaldo tak pernah rasa tau!
Selain dari kejuaraan UCL yang lompong, semuanya sempurna buat Ronaldo dengan deretan trofi-trofi mengagumkan sehingga meletakkan namanya antara pemain bola sepak terbaik pernah dilahirkan didunia.
Zlatan Ibrahimovich
Masih lagi beraksi selaku pemain bola sepak profesional sehingga saat ini, King Zlatan masih belum pernah merasai menjadi King of Europe. Mungkin ia tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini memandangkan banyak kerja keras perlu dilakukan AC Milan jika mahu mencapai tahap ke pentas terbaik Eropah.
Paling hampir pun aksi terbaiknya di pentas Eropah adalah di peringkat separuh akhir dikala Barcelona yang dibimbing Pep Guardiola disingkirkan Inter Milan.
Selain dari kesebelasan utama diatas, ada lagi beberapa pemain berprofil tinggi yang tidak berkesempatan meraih kejuaraan UCL antaranya Michael Owen, Robert Pires, Alan Shearer, Hernan Crespo, Eric Cantona, Patrick Vieira, Francesco Totti dan Ruud Van Nistelrooy.