Apakah faktor yang mewajarkan seorang pemain bola sepak diangkat sebagai legenda sesebuah pasukan?
Adakah status itu bersandarkan pada penampilan mencecah angka ratusan atau rekod jaringan sepanjang zaman?
Mungkin juga dia anak jati pasukan tersebut yang diangkat sebagai kapten dan kemudian menjulang pasukan memenangi kejuaraan demi kejuaraan.
Amri Yahyah mengabadikan sentimen tersebut buat setiap anak Selangor yang mengidamkan sebuah pengembaraan dinikmati bersama The Red Giants.
Beruntungnya anak jati kelahiran Tanjung Karang ini apabila memiliki setiap elemen untuk dijulang sebagai legenda Selangor.
Status yang tiada tentangan sehinggalah dia berhijarah ke Selatan Tanah Air pada waktu bola sepak Malaysia melalui revolusi dengan Selangor bukan lagi sang gergasi.
Sungguhpun begitu sosok diberi jolokan Wak Am ini masih disayangi dan dihormati setiap kali dia kembali menjejak kaki ke Shah Alam ketika memakai warna seteru.
Bagai sirih yang pulang ke gagang, kasih Amri dan Selangor kemudiannya kembali bertaut, mungkin untuk kali terakhir sehingga dia memutuskan untuk menggantung "boot".
Indah kadang kala skrip fantasi, tetapi realiti sering kali tidak menawarkan penghujung sempurna termasuklah buat Wak Am dan Red Giants.
Tanggal 21 November 2019 Selangor meraikan Hari Amri Yahyah bersempena dengan penghujung sebuah kerjaya anak jati bersama pasukan negeri kelahirannya.
Tanggal 22 November 2019, "Team yang saya main bila lawan Selangor, Selangor takkan menang" kenyataan yang terbit daripada bibir Amri Yahyah.
Selain ratusan penampilan, rekod jaringan, faktor anak jati yang menjadi kapten dan nikmat memenangi kejuaraan demi kejuaraaan.
Masih ada ramuan yang diperlukan untuk seorang pemain diabadikan sebagi legenda.
Cinta kepada pasukan tanpa rasa berbelah bahagi.
Keghairahan untuk atasi sentimen peribadi berbanding keperluan pasukan.
Tidak terkecuali, hormat kepada penyokong yang hanya boleh mengimpikan untuk menyarung jersi keramat merah kuning seperti anda.
Terima Kasih Amri untuk segala pengorbanan anda bersama The Red Giants.
Persoalan adakah anda Legenda Selangor bukan lagi atas suara penyokong, tetapi pada diri anda sendiri.