MESKIPUN Karl-Heinz Weigang hanya bertahan setahun selaku pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sesingkat itu juga pelbagai idea cuba diketengahkan.
Dia menghimpunkan semua jurulatih di FAM untuk duduk semeja dan membincangkan masalah serta mencari solusi. Ini kerana Weigang melihat bahawa ada 11 jurulatih pelbagai peringkat dalam FAM waktu itu tetapi tidak semua berkongsi idea, visi dan misi yang sama.
Akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil bahagian dalam mengendalikan kursus serta kaedah pendidikan kejurulatihan, bergantung kepada skop tugasan termaktub dalam kontrak masing-masing.
Weigang juga mahu jurulatih kebangsaan sentiasa terbuka kepada idea membincangkan prestasi pemain dengan jurulatih kelab atau pasukan negeri.
Keputusannya berpandukan pengalaman tujuh tahunnya bersama Perak dan Johor, tetapi jurulatih skuad pelapis, Hatem Souissi, tidak pernah menghubunginya untuk berbincang mengenai pemain.
“Adalah wajar jika jurulatih pasukan negeri dan kelab dimaklumkan terlebih dahulu jika pemain mereka tersenarai dalam skuad kebangsaan,” katanya kepada penulis, dalam satu daripada sesi minum kopi kami.
Weigang juga membuat pemerhatian pemain terbaik di peringkat sekolah tidak diserapkan ke dalam akademi atas pelbagai faktor.
Weigang juga mendapati kaedah kejurulatihan di peringkat akar umbi, sekolah dan akademi tidak menepati piawaian.
Weigang juga mencadangkan kursus jurulatih pakar, satu tangga sebelum Lesen A, diwujudkan dalam proses melahirkan jurulatih remaja.
“Pemegang Lesen B kena ambil kursus ini sebelum menghadiri kursus Lesen A,” kata Weigang.
Kesudahannya banyak idea Weigang tidak terlaksana.
Namun Weigang dikenang sebagai pengarah teknikal yang menemu ramah Bertalan Bicskei, Dragoslav Stepanovic dan Bob Houghton untuk mengambil alih tugas Allan Harris selaku jurulatih kebangsaan.
Weigang dan setiausaha agung FAM waktu itu, Datuk Dell Akbar Khan, diberi mandat oleh jawatankuasa teknikal FAM untuk mengenal pasti calon paling sesuai.
Apabila Bicskei melapor diri pada 1 Julai 2004, Weigang menemaninya ke seluruh pelosok negara untuk mencari pemain dalam memperkasakan pasukan kebangsaan.
Weigang cuba membuka mata FAM dalam banyak hal serta berusaha keras memperkenalkan satu budaya kerja yang profesional.
Legasinya harus kekal mekar.
Selamat jalan Weigang. Jasamu dikenang.