Apabila Terengganu FC tidak menyenaraikan Lee Tuck didalam perancangan mereka pada musim hadapan, ia telah mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya dikalangan penyokong-penyokong Terengganu FC dan pemerhati bola sepak Negara.
Apakah yang dilakukan Terengganu FC itu tindakkan tepat?. Berdasarkan prestasi yang ditunjukan Lee Tuck sepanjang kerjayanya bersama Terengganu FC semenjak 2018 ia tidak menggecewakan sebaliknya Lee Tuck terus memberikan aksi yang konsisten dan berkualiti tinggi.
Dengan 57 penampilan dan 23 jaringan dihasilkan itu telah membuktikan bagaimana watak yang dimainkan Lee Tuck diatas padang dalam melaksanakan tugas dan peranannya sebagai pemain midfield Terengganu FC begitu berkesan sekali. Dia diibaratkan sebagai role model sebenarnya oleh pemain-pemain Terengganu FC kerana Lee Tuck sentiasa menggekalkan disiplin yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi diri dengan melakukan latihan-latihan secara peribadi selain mempunyai keupayaan teknikal yang tinggi.
Ini merupakan satu kerugian yang besar sebenarnya pada Terengganu FC apabila melepaskan seorang pemain midfield yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi diatas padang tanpa berbelah bagi demi pasukannya. Sikap beginilah yang perlu ada didalam skuad Terengganu FC sekiranya ingin bersaing diperingkat yang lebih tinggi terutamanya di Kejohanan AFC. Namun itu semua atas perancangan dan mengikut peruntukkan pengurusan Terengganu FC sendiri tetapi apa yang ingin dinyatakan, bukan mudah untuk mencari seorang pemain import yang memberikan segala-galanya pada pasukan dan memahami budaya bola sepak tempatan serta asia umumnya.
Inilah masa yang terbaik bagi mana-mana pasukan yang bersaing dalam Liga Super untuk mengambil kesempatan ini bagi mendapatkan khidmat Lee Tuck kerana dengan adanya Lee Tuck didalam pasukan yang disertainya itu pasti mampu membawa pengaruh dan auranya didalam padang. Selain itu ia boleh membantu pemain-pemain tempatan untuk meningkatkan prestasi mereka serta meningkatkan kualiti sesebuah pasukan itu nanti.