Pembukaan acara Monday Night Raw semalam bertukar menjadi gegak gempita apabila dua bintang utama jenama tersebut, Bobby Lashley dan Roman Reigns bergelut sesama sendiri dengan penuh dramatik sehingga memaksa bintang-bintang lain meleraikan konfrontasi antara mereka.
Tindakan Roman Reigns yang berterusan memperlekeh serta mengungkit kembali perjalanan kerjaya Lashley sepanjang 10 tahun lalu di luar WWE nyata mengundang amarah di sanubari bintang berusia 41 tahun tersebut. Merasakan pertikaman lidah tidak akan mendatangkan sebarang manfaat, keduanya tidak menunggu lama untuk membuka langkah dan memberikan bayangan apa yang bakal berlaku di acara WWE Extreme Rules pada 16 Julai ini.

Dalam temu bual di belakang tabir pasca pergelutan mereka tidak lama kemudian, Lashley tanpa berselindung menyatakan yang beliau tidak mempunyai sekelumit pun rasa hormat kepada Roman yang dianggap hanya tin kosong serta berlagak seperti abang long kepada semua bintang Raw. Tambahnya lagi, Roman Reigns tidak akan mampu bangkit dan berjalan keluar sendiri dari arena kerana bakal lembik dibelasah olehnya.
Sengketa antara dua bintang powerhouse ini bermula beberapa minggu lalu bagi menentukan tempat sebagai pencabar utama Kejuaraan Universal WWE yang masih lagi terlilit kemas di pinggang Brock Lesnar. Roman beranggapan yang dirinya masih layak untuk mencabar Lesnar kerana beberapa siri pertemuan mereka sebelum ini tidak berakhir dengan sepatutnya dan terus menuntut hak perlawanan semula dengan The Beast.
Bagi Lashley pula, bersemuka satu lawan satu dengan Lesnar pula adalah misi utamanya kembali ke WWE setelah hampir sedekad meninggalkan syarikat tersebut. Berbekalkan pengalamannya beraksi di beberapa organisasi gusti lain seperti Impact Wrestling, Lashley merasakan yang dirinya mampu mendepani Lesnar seterusnya merampas gelaran tertinggi itu daripada The Beast.
Umum sedia maklum yang Lesnar bukanlah seorang bintang gusti tipikal. Beliau yang juga merupakan jaguh seni pertahanan diri campuran dan bekas Juara Heavyweight Dunia UFC (Ultimate Fighting Championship) ternyata amat sukar digugah oleh bintang WWE lain termasuk Roman sendiri. Kerana itulah sejak memenangi Kejuaraan Universal yang dirampas daripada Goldberg ketika acara Wrestlemania pada April tahun lalu, belum ada mana-mana lagi pencabar yang mampu menundukkannya. Hendak tak hendak, mereka terpaksa menerima hakikat yang bengkung Kejuaraan Universal kekal pada Lesnar yang hanya muncul beberapa kali sahaja dalam setahun.
Atas faktor inilah, Lashley berani tampil ke hadapan dan bersedia menjadi bintang seterusnya untuk mencuba nasib. Setelah meninggalkan WWE pada tahun 2008, Lashley menurut jejak langkah Lesnar dengan menyertai arena MMA melalui beberapa organisasi MMA terkemuka seperti Strike Force, Titan Fighting dan Bellator dengan rekod yang agak cemerlang iaitu 15 kemenangan dan hanya mencatat 2 kekalahan. Hingga kini, Bellator mendakwa yang Lashley masih lagi mengikat kontrak bersama mereka walaupun telah kembali ke WWE pada April lalu. Menyamai Brock Lesnar yang kini berselang seli antara WWE dan UFC.
Dengan fizikal berotot kekar serta berat badan hampir 280 paun, Lashley dilihat mempunyai kelebihan untuk kembali bergelar juara di WWE. Sebagai bekas anggota tentera Amerika Syarikat dan hampir-hampir menyertai skuad Olimpik Amerika Syarikat pada 2004, Lashley boleh berbangga dengan rekodnya sebagai bekas Juara ECW sebanyak 2 kali dan Juara Amerika Syarikat sekali. Resumenya tambah cantik dengan rekod sebagai bekas Juara Heavyweight Dunia Impact sebanyak 4 kali dan menjadi jaguh handalan utama syarikat tersebut selama beberapa tahun sebelum ini.

Para peminat pasti juga masih mengingati perlawanan antara Lashley menentang mendiang Umaga di acara Wrestlemania 23 pada tahun 2007, di mana Lashley menjadi ayam sabung kepada Presiden Donald Trump sehingga menyebabkan Umaga tumbang dan kepala Vince McMahon dibotakkan di tengah-tengah khalayak.
Namun perbezaan umur yang agak ketara memungkinkan Roman Reigns mampu menundukkan Lashley. Kelebihan atletik yang dimiliki The Big Dog dilihat berupaya untuk memengahkan Lashley yang memfokuskan kepada gerakan-gerakan lantai. Dengan rekod sebagai bekas Juara Heavyweight Dunia dan Antara Benua yang dicapainya sebelum ini, Roman sudah tentu tidak mahu peluang keemasannya untuk sekali lagi mengikat janji temu dengan Brock Lesnar terlepas begitu sahaja gara-gara Lashley yang menjadi batu penghalang.

Apapun, pertemuan satu lawan satu buat kali pertama antara dua bintang ini pastinya akan menjanjikan pertembungan yang sengit. Siapa pun yang bakal beroleh kejayaan pada pagi Isnin depan, sudah tentu akan melangkah lebih jauh dan bakal bergelar Juara Universal yang seterusnya.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara WWE Extreme Rules pada 17 Julai ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,