Selain itu juga memberi peluang kepada pemain-pemain muda terutamanya yang beraksi di dalam saingan Piala Presiden tahun ini dapat bersaing di antara mereka untuk membuktikan bahawa mereka juga berpeluang untuk mereka mewakili negara berdasarkan prestasi semasa mereka.
Sementara itu, ia juga memberikan ruang kepada Bernhardt untuk terus berkomunikasi dengan setiap jurulatih-jurulatih tempatan diperingkat akar umbi untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini tentang pemain-pemain di bawah kendalian jurulatih tempatan itu.
Apa yang lebih penting ketika ini kerjasama di antara semua jurulatih tempatan terutama di peringkat Piala Presiden dan Belia. Ini akan memudahkan Berndhardt dan pasukan kejurulatihan beliau untuk membuat pemantauan dan mengumpul data pemain-pemain muda ini.
Ini pernah dilakukan Claud Le Roy semasa mengendalikan pasukan Olimpik Atlanta 1996, dimana beliau sendiri menjelajah seluruh negara bagi mencari pemain-pemain muda yang berpotensi dan berbakat besar untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.
Tidak ada kejayaan akan dapat sekiranya tiada kerjasama dan semangat berpasukan untuk menjulang kejayaan pasukan negara pada temasya sukan sea 2017 nanti. Namun pada masa yang sama juga badan induk perlu membantu Berndhardt untuk mencipta kejayaan ini kerana ia sudah menjadi agenda negara dalam memburu pingat emas di sukan sea Kuala Lumpur itu nanti.
Ayuh sama-samalah kita memberi sokongan kepada Berndhart untuk merealisasikan impian beliau bagi mendapatkan sebuah pasukan yang mantap. Berdasarkan apa yang saya perhatikan Berndhardt adalah merupakan seorang jurulatih yang bijak serta mempunyai visi dalam urus tadbir beliau.