Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, menerima Anugerah Mesra Media dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Jumaat lalu.
Ironinya, jurulatih itu cukup tegas dan lantang dalam menyuarakan pendapatnya dan media juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikannya.
Berikut merupakan beberapa petikan kata daripada jurulatih itu sepanjang musim ini yang mungkin akan mencuit hati anda.
1. Boleh tanam rumput sendiri
Selangor terikat 1-1 dengan Felda United dalam perlawanan pembukaan musim ini.
Walaupun mendahului dalam babak pertama, Felda United kembali mengikat kedudukan dalam babak berikutnya.
Ia jelas mendatangkan berang Sathianathan dan selain menyalahkan pemainnya yang memilih untuk terlalu bergaya berbanding menjaringkan gol, dia turut menyalahkan padang di Stadium Shah Alam.
"Tahukah anda bahawa kami hanya dapat menggunakan padang ini sehari sebelum perlawanan kerana proses membaik pulih yang dilakukan selama dua bulan?
"Mereka (pihak pengurusan stadium) memberitahu saya mereka memerlukan 40 hari untuk memperbaiki permukaan padang.
"Adakah ia kelihatan seperti telah menjalani proses baik pulih selama 40 hari?
"Saya rasa tidak, saya boleh lakukannya (memperbaiki padang) dalam tempoh dua minggu.
"Kalau tidak percaya, boleh tanya kepada pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).”
2. Bungkus nasi lemak
Dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, Selangor bangkit untuk menewaskan Perak 3-1 di Shah Alam walaupun ketinggalan 0-1 dalam perlawanan pertama di Ipoh.
Namun, laporan media tempatan yang melaporkan Selangor akan 'bungkus' awal selepas kekalahan di Ipoh mencetuskan berang Sathianathan.
"Kami tidak membaca akhbar yang menyatakan kami akan bungkus, jadi mereka yang akan bungkus.
"Saya akan gunakan akhbar itu untuk bungkus nasi lemak.
"Mereka perlu tahu apa yang patut ditulis.
"1-0 (kemenangan Perak di Ipoh) itu tiada apa-apa.”
3. Tidak baca Facebook
Selepas menutup musim ini dengan tewas 1-5 secara agregat kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam separuh akhir Piala Malaysia, Sathianathan menjelaskan dalam sidang media selepas perlawanan bahawa dia sedar ramai yang tidak menyukainya di Facebook.
Tetapi ia tidak mendatangkan kesan kerana dia tidak gemar melayari Facebook.
"Ramai di Facebook yang tidak suka saya.
"Tidak mengapalah, saya bukannya baca Facebook pun.
"Tetapi realitinya, saya berbangga dengan pemain kami.
"Mereka sudah banyak meningkat."
Itulah Sathianathan, jurulatih yang cukup tegas, lantang dan berpengalaman.
Dia sentiasa tahu apa yang sedang dilakukannya.
Maka, tidak hairanlah sebahagian peminat memberikan gelaran "Jose Mourinho versi Malaysia" buatnya.