"Saya bukan dari keluarga senang, saya tahu macam mana susah ibu bapa saya nak besarkan saya."
Itu permulaan daripada penjaga gol skuad bawah 19 tahun negara, Mohd Azri Abdul Ghani, sebelum meneruskan penceritaannya, pahit jerih yang dilalui sebelum bergelar pemain bola sepak.
Keadaan bertambah sukar buat Azri selepas kehilangan ayahnya ketika berusia 14 tahun.
"Sebelum ayah pergi, hari terakhir dengannya merupakan saat paling manis yang tidak akan saya lupakan, kami sangat gembira, bersembang, bergurau, sebelum beberapa jam dia meninggalkan kami kerana serangan jantung.
"Dia seorang yang garang, tapi pada hari tu ayah lain sangat," katanya.
Azri bercerita sambil mengenang saat paling indah bersama ayah tercinta.
Sebaik ayahnya tiada, ibulah tempat Azri bergantung.
Apabila tamat persekolahan, keputusan ibunya menghulur wang berjumlah RM50 untuk Azri ke Kuala Lumpur mencari pasukan untuk mengubah kehidupan pemain muda itu.
"Ibu minta saya ke Kuala Lumpur, cari pasukan untuk saya bermain bola sepak dan bantu keluarga," tambahnya.
Namun, perjalanan Azri ke Kuala Lumpur berbekalkan wang RM50 tidak semudah disangka.
"Saya sasar sesi percubaan dengan PKNS FC tetapi rezeki saya dengan Felda United lebih kuat."
Ketika tiba hari percubaan, Azri antara pemain yang mencuba nasib dalam keadaan serba kekurangan.
"Saya berkongsi bilik dengan pemandu, berdepan dengan asap rokok dalam bilik kecil ketika pemain lain selesa dengan bilik yang ada aircond."
Siapa sangka kelibat pemain ini memancing pihak kejurulatihan Felda United dan itulah berita paling gembira buat ibunya.
"Ibu paling gembira hingga menitiskan air mata, mulai saat itu, saya berjanji akan bantu keluarga, dan apa yang perlu saya buat adalah berusaha tanpa lupa dari mana asal usul saya."
Itu tegas Azri, anak muda dari Kelantan yang diramal bakal jadi penjaga gol nombor satu negara di masa akan datang.
Ketangkasan Azri ketika menafikan sepakan penalti pasukan tuan rumah Indonesia, dihadapan lautan penyokong Garuda benar-benar mengkagumkan.
Kejayan sekat kemaraan Indonesia di separuh akhir membawa kepada gelaran juara Piala AFF bawah 19 tahun buat kali pertama selepas menumpaskan Myanmar 4-3 di final.
Selamat maju jaya buat Mohd Azri Abdul Ghani, penjaga gol ketiga skuad senior Felda United ketika ini.