Ketegangan di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) makin meningkat hingga rakyat negara Uncle Sam itu diarah meninggalkan Timur Tengah.
Ia susulan tindakan AS membunuh komander tentera Iran, Qassim Suleimani.
Sehubungan itu, Iran mengancam untuk melancarkan tindak balas sementara AS meningkatkan jumlah tentera mereka di Timur Tengah.
Habis bab tentera.
Di Malaysia, skuad olahraga bersiap-sedia untuk berlepas ke Tehran menyertai Kejohanan Dalam Dewan Dahe Fair bermula Khamis ini.
Persoalan, adakah risiko ini patut diambil?
Jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, muncul atlet pertama tarik diri atas dua faktor:
1. Soal keselamatan
2. Kejohanan itu tidak menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik
Saya fikir Hup Wei ambil tindakan tepat.
Tiada satu pun pingat sama ada Sukan Olimpik atau Kejohanan Dunia yang sama taraf dengan nyawa rakyat Malaysia.
Lima lagi atlet, termasuk bekas jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, bersedia ke Tehran.
Mereka hanya menerima arahan, keputusan patut dibuat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Bayangkan dalam keadaan tegang skuad negara tiba di Tehran, kemudian keadaan tidak diingini berlaku.
Jadi, eloklah beringat sebelum terlambat.