Temasya Sukan SEA Filipina 2019 menyajikan pelbagai perkara menarik untuk dikongsi dan diceritakan kepada peminat sukan tanah air, terutama mengenai pembabitan atlet negara.
Ia seperti siapa atlet paling tua, atlet paling muda, atlet terbanyak yang membuat penampilan dalam temasya dwi-tahunan itu mahupun atlet yang kali pertama beraksi untuk membawa cabaran negara.
Tetapi, perkara paling mencuri perhatian saya ialah atlet yang hadir dengan status suami isteri.
Mereka ialah atlet triatlon, Aldrian Yeo dan Serena Yang, yang mengambil bahagian dalam acara individu dalam temasya kali ini.
Ini kali pertama kedua-duanya mewakili negara bersama-sama selepas kempunan berbuat demikian dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia kerana ketika itu, Serena tanpa tidak disedari sedang hamil anak pertama, sekali gus terpaksa digugurkan daripada skuad triatlon negara ke Indonesia.
Peluang membawa cabaran negara bersama kali ini, bagaimanapun, terpaksa ditukar dengan pengorbanan apabila Aldrian dan Serena terpaksa meninggalkan anak lelaki yang baru berusia 9 bulan di Kuching, Sarawak.
Menceritakan situasi itu, Aldrian akui sedih kerana terpaksa berbuat demikian, apatah lagi Serena kali pertama meninggalkan anaknya itu untuk berjuang mengharumkan nama negara, lalu pasangan suami isteri itu berkongsi mengenai pengalaman masing-masing kepada saya.
Ia membabitkan pembahagian tugas menjaga anak ketika berlatih untuk persiapan ke Sukan SEA dan menariknya, mereka terpaksa melakukan 'shift' untuk komitmen sebagai atlet dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Menarik bukan?
Ya, itulah pengorbanan besar atlet negara yang mungkin sesetengah orang tidak tahu demi negara Malaysia yang tercinta.
Aldrian dan Serena akan beraksi dalam acara individu bagi kategori masing-masing, Ahad ini.
Mereka tidak meletak harapan tinggi untuk meraih pingat emas sebaliknya bersikap realistik sekurang-kurangnya memenangi pingat gangsa setelah menyedari tuan rumah, Filipina, sebagai pencabar terkuat untuk mendominasi acara berkenaan.
Apa pun, Aldrian dan Serena tetap bertekad untuk memberikan aksi terbaik dalam merealisasikan misi masing-masing dan yang penting kehadiran mereka di Subic, Filipina bukan untuk 'honeymoon'!