Skip to main content

Rencana

Kalau Perlis digantung… kesian pemain

asiana-58556.jpg
Baru satu perlawanan liga membuka tirai, cerita Perlis mendapat liputan meluas.
 
Ia bukan soal gol ataupun corak permainan tapi soal gaji yang terus jadi masalah besar buat pasukan dari utara tanah air itu.
 
Mengurus pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia bukan semudah menjaga pasukan MSSM atau liga bola sepak daerah.
 
Tidak kena cara boleh pengsan dibuatnya.
 
Mudah untuk membuat perancangan, namun ia tidak semudah melaksanakannya.
 
Dari peringkat awal, penulis mula sangsi dengan apa yang mahu dilakukan hinggakan ada di kalangan rakan-rakan sudah awal-awal lagi menyatakan kebimbangan pada apa yang dilakukan kabinet baru Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).
 
Namun, penulis masih lagi positif.
 
Kita tinggalkan isu gaji sebentar, beralih kepada nasib pemain-pemain yang sudah tandatangan kontrak.
 
Dengar cerita kehidupan makin dibelenggu pelbagai tekanan seelpas dua bulan gaji gagal dilunaskan PFA.
 
Katanya nak tunggu bank panggil urusan akaun. Macam-macam lagi persoalan tiba-tiba muncul.
 
Katakanlah Perlis digantung selepas 15 Februari ini, mana hala tuju mereka?
 
Ya memang pemain bebas memilih untuk angkat kaki tetapi adakah lain-lain pasukan akan mengambil mereka untuk beraksi?
 
Apakah akan ada syarat baru yang bakal ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan pemain-pemain ini beraksi dengan pasukan baru?
 
Semuanya berkisar kepada persoalan “kalua” dan “jika”.
 
Cadangan penulis, apa salahnya MFL dengan persetujuan daripada persatuan atau kelab  beri kelonggaran untuk terima pemain-pemain ini beraksi bersama pasukan pilihan masing-masing selepas rundingan dilakukan.
 
Buat Persatuan Bolasepak Perlis pula, gantung adalah hukuman paling tepat untuk beri pengajaran, itupun kalau belajarlah.
Jika tak, isu ini akan terus jadi sinonim sampai bila-bila dengan Perlis.
 
Ya, benar ada juga pasukan yang masih belum selesai isu gaji, namun mereka ada perancangan dan usaha tidak hanya bergantung kepada penaja yang mana entah betul atau pun tidak.
 
Kepada persatuan atau kelab bola sepak di Malaysia, sudilah kiranya terima pemai-pemain Perlis yang dilihat masih mampu beraksi jika benar nasib mereka sudah sampai ke episod penamat.
 
Terakhir, Kerajaan Negeri Perlis buat apa? Tak kan promosi harum manis sahaja? 
 
#rakyat perlis mahukan bola sepak kembali di era kegemilangan
 
Sekian terima kasih, terima kasih, terima kasih.
 

Advertisement

Must Watch Video