Skip to main content

Rencana

KAFA VS QU PUTEH?

annuarmusa.jpg

Belum habis lagi nampaknya isu yang dibangkitkan mengenai Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA dan juga penaja besar The Red Warriors, Qu Puteh. 

Heboh di media sosial dan akhbar-akhbar tempatan mengenai "perbalahan" yang timbul antara pihak KAFA khususnya Tan Sri Annuar Musa dengan Datuk Vida. 

Tidak pasti adakah benar isu perbalahan itu atau sesetangah media yang bijak memanipulasikan maklumat. Tetapi berdasarkan apa yang ditulis oleh Tan Sri Annuar Musa di laman "facebook" nya, tiada perang besar yang wujud antaranya dan Datuk Vida. 

Selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu tempoh hari, Vida memberi bayangan tidak mustahil pihaknya akan menarik balik tajaan jika prestasi Kelantan terus merudum dan tidak konsisten. 

Tidak mahu mengulas lanjut isu itu, dia hanya positif pasukan kesayangannya itu pasti tidak akan kecewakannya selepas Kelantan membenam Terengganu 3-0 dan mampu raih kemenangan dalam aksi seterusnya bertemu Felda United nanti.

Bagi saya sendiri sebagai penyokong setia Kelantan, kita sudah pasti tidak mahu ada perkara sebegitu berlaku kerana KAFA sudah terlalu banyak isu yang timbul daripada isu gaji sehingga perbalahan dengan penaja utama. 

Ada antara penyokong yang saya kenali bersetuju jika Vida menarik balik tajaan jika prestasi pasukan masih berada di takuk lama. 

Tapi bagi saya sendiri, cukuplah kita lagakan kedua-dua pihak berkenaan dan lebih baik kita fokus kepada bagaimana untuk pastikan pasukan Kelantan tidak terus tenggelam agar apa yang dilakukan oleh pihak penaja berbaloi seiring dengan prestasi skuad PQPTRW itu. 

Saya pasti, penyokong lebih dahagakan kemenangan pasukan kesayangan mereka daripada ingin melihat perbalahan demi perbalahan antara pihak berkenaan. 

Tetapi, begitulah dunia bola sepak. Apa yang saya mahu, bangkitlah Kelantan. Semoga laungan "Gomo Kelate Gomo" tidak tenggelam di stadium. 

Advertisement

Must Watch Video