Aaron Ramsey dulu sering dipersenda kerana rambut kusut masainya hingga pernah disamakan dengan Marge Simpson – karakter dalam siri animasi komedi The Simpsons. Namun, selepas ini, dia akan cukup kaya untuk memiliki satu rangkaian salun rambut sendiri.
Pemain antarabangsa Wales itu, yang akan tamat kontraknya bersama Arsenal pada akhir musim ini untuk berpindah secara percuma, sudah menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan gergasi Serie A, Juventus, dengan dilaporkan akan menerima gaji £400,000 (RM2.1 juta) seminggu.
Ia akan mengangkatnya selaku pemain dengan gaji kelapan tertinggi di dunia. Namun, andai disorot, banyak yang telah berubah sejak ketibaannya di Highbury, gelanggang lama Arsenal, lebih 11 tahun lalu pada 2008.
Berusia hanya 17 tahun ketika itu, bekas rakan sepasukannya di Cardiff City, Steve Thompson, mengingati menggelarnya Marge Simpson kerana stail rambutnya.
Sebelum meninggalkan The Bluebirds, Ramsey turut menjadi rebutan pengurus Manchester United, Alex Ferguson, Arsene Wenger di Arsenal dan David Moyes bersama Everton, namun dia lebih terpikat dengan kemesraan Wenger untuk kesudahannya memilih ke utara London. Selebihnya, kata orang, adalah sejarah.
Dipercepatkan putaran jam ke waktu terkini, Ramsey sebenarnya dijangka menandatangani kontrak baru bersama Arsenal awal musim ini selepas Unai Emery didatangkan sebagai pengganti Wenger selaku pengurus The Gunners.
Namun, keputusan Arsenal untuk tidak menawarkannya perjanjian lanjutan sekadar membangkitkan kemarahan penyokong yang bakal berpisah dengan salah seorang pemain tengah terbaik mereka yang mempunyai pertalian panjang dengan kelab.
Akhbar Daily Mail mendakwa ia adalah Emery yang menghalang bintang antarabangsa Wales berusia 28 tahun itu daripada kekal di The Emirates.
Satu, Arsenal bukan lagi pasukan berdana besar dalam EPL; dua, kelab itu telah memecahkan rekod yuran perpindahan untuk Mesut Ozil, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang; dan tiga, kuasa berbelanja kelab kini sangat kecil – tinggal hanya £45 juta (RM240 juta) untuk jendela perpindahan pada akhir musim nanti.
Tanggungan gaji Arsenal adalah antara yang tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan anggaran £200 juta (RM1.1 bilion) setahun.
Lantaran itu, Emery dikatakan beranggapan Ramsey tidak lagi mewakili nilai kewangan yang baik, lantas menyekat pembaharuan kontrak pemain itu – di sebalik mengatakan hanya Ogos lalu bahawa pemain itu kekal antara tenaga terpenting pasukan.
Namun, ia tidak akan menjadi sesalan buat Ramsey untuk angkat kaki ke Juventus, sebaliknya mungkin Arsenal yang akan kerugian