"Tulah, siapa suruh tukar jurulatih". Itu antara komen yang paling banyak penulis lihat dan dengar selepas Johor Darul Takzim tewas 5-4 kepada Kedah dalam penentuan sepakan penalti Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, pada Jumaat.
Pendapat itu rata-ratanya hadir daripada penyokong Harimau Selatan yang mungkin sekadar mengikuti perkembangan pasukan dari jauh dan peminat bola sepak tanahair secara amnya.
Namun, penulis berasakan sebaliknya walaupun ia ada sedikit menyumbang kepada peratusan punca kegagalan Juara Liga Super dan Piala FA 2016 itu muncul pasukan pertama tanahair melakar hatrik Piala Sumbangsih sejak 1985.
Daripada pengamatan penulis, ketiadaan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jorge Pereyra Diaz paling memberi kesan kepada JDT setakat ini walaupun hakikatnya bola sepak bermain secara berpasukan.
Bekas budak 'nakal' JDT itu memainkan peranan besar setiap kali diturunkan menerusi gaya permainannya yang sering menyukarkan pihak lawan. Diaz mampu menjadi pencetus dan juga menghasilkan jaringan.
Musim lalu, JDT bertuah kerana Diaz berjaya membentuk gandingan mantap bersama Juan Martin Lucero, namun kedua-duanya sudah lagi tidak lagi bersama Juara Piala AFC 2015 ini.
Sememangnya, kelebihan yang dimiliki Diaz tidak boleh dibuat perbandingan dengan trio import baru Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera atau Jeronimo Barrales kerana masing-masing mempunyai corak permainan berbeza.
Tetapi, jika dinilai dalam aksi bertemu Kedah, ketiga-tiga pemain itu perlu bekerja lebih keras lagi untuk tampil menyerlah seperti yang dilakukan Diaz.
Antara lain, JDT berdepan beberapa perkara yang tidak dijangka ketika pertemuan itu apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain dalam tempoh 50 minit terakhir susulan S. Kunanlan menerima kad kuning kedua sekali gus diperintah meninggalkan padang.
Barrales selaku penggempur utama pula hanya mendapat kelulusan beraksi ketika perlawanan sedang berlangsung berikutan sijil perpindahan antarabangsa diperoleh pada saat akhir.
Berdasarkan situasi itu, penulis merumuskan JDT belum pamer taring sebenar dan berasakan mereka masih kuasa bola sepak tanahair namun keputusan pada Jumaat bagaikan satu petanda bahawa mereka tidak lagi boleh selesa seperti sebelum ini.
Kredit Imej: JOHOR Southern Tigers