Tiada elemen kejutan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 dengan dominasi Johor Darul Takzim (JDT) di saingan Liga Malaysia musim ini menyaksikan skuad Harimau Selatan itu memenangi hampir kesemua kategori utama termasuk Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang sekali lagi menjadi milik Safawi Rasid.
Kematangan permainan anak jati Dungun, Terengganu ini seiring dengan pengiktirafan yang diraihnya sepanjang tahun ini, melayakkan Safawi turut merangkul kejayaan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular - berbanding 2018, dimana kemenangan sebagai MVP datang bersama Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan.
Kejayaan mempertahankan gelaran MVP buat tahun kedua berturut-turut masih menjadikan Safawi pemain paling muda pernah meraih anugerah tertinggi bola sepak negara itu dan pada usia 23 tahun musim hadapan, Safawi dijangka tiada masalah untuk mengekalkannya bagi merekod sejarah hatrik.
Pemain yang sering mendapat kepercayaan pengendali negara, Tan Cheng Hoe ini sedang menikmati kemuncak karier dengan membantu skuad kendalian Benjamin Mora memenangi Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut, dimana Safawi juga dinobat penjaring terbanyak tempatan menerusi 8 gol.
Lebih manis apabila Safawi dapat berkongsi kegembiraan itu bersama rakan sepasukan di mana Akhyar Rashi diangkat sebagai Pemain Muda Harapan dan Anugerah Pemain Import Terbaik menjadi milik Diogo, manakala Farizal Marlias dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik dan ketua pasukan JDT, Harris Harrun dipilih sebagai Pemain ASEAN Terbaik.
Cuma apa yang tidak begitu menarik adalah penguasaan JDT dalam Anugerah Pasukan Terbaik, Penyokong Terbaik, Media Sosial Terbaik dan Laman Web Terbaik dalam beberapa tahun ini - seolah-olah menjelaskan tiada cabaran hebat diberikan pasukan lain dalam meningkatkan imej pasukan atau mungkin cuba menyaingi usaha yang dilakukan JDT dalam memudahkan lagi perhubungan antara kelab dan pemain dengan para penyokong menerusi penggunaan teknologi terkini.
Semua ini mungkin nampak remeh tapi ia mampu mengubah landskap bola sepak negara yang sekarang ini pun sudah memperlihatkan perkembangannya, tetapi perlulah dilakukan secara konsisten dan terancang serta pada kadar yang lebih pantas jika tidak mahu ketinggalan dari arus bola sepak dunia.
Tahniah dan terima kasih JDT untuk penanda aras ini.