RENCANA
JDT dan Felda United kekal penguasaan
Saingan Liga Super yang kembali bersambung selepas tamatnya aksi Piala FA menyaksikan pasukan-pasukan pilihan menepati ramalan apabila berjaya memungut tiga mata berharga. Tumpuan tentunya terarah kepada pendahulu liga, Felda United dan juga juara Piala FA JDT.
Felda United yang berdepan cabaran Pulau Pinang di laman lawan sekali lagi membuktikan ketajaman jentera serangan yang diadun baik diantara tenaga import dan tempatan.
Jaringan Forkey Doe dan Hadin Azman sudah cukup menghadiahkan kemenangan untuk mereka kekal menerajui saingan liga.
Iklan
Bagi Harimau Selatan pula, aura kemenangan menjuarai Piala FA masih lagi berada di hati para pemain untuk mereka mudah mengenepikan cabaran Pahang di laman sendiri.
Dua gol menerusi Martin Lucero dan satu lagi disumbangkan pemain yang baru dipanggil bagi menjalani latihan dengan skuad kebangsaan, Amirul Hadi sudah cukup untuk mereka mengekori rapat dan berkongsi mata dengan pendahulu liga.
Lain lain pertemuan menyaksikan Sarawak yang baru mengenepikan Datuk K. Rajagobal selaku ketua jurulatih berjaya mencatat kemenangan dengan menumpaskan Perak di laman sendiri.
Manakala Selangor pula dilihat masih belum mampu kembali ke prestasi sebenar apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan pasukan Kelantan.
Kedah pula dilihat cemerlang apabila mempamerkan prestasi terbaik bagi menumbangkan skuad PDRM di laman sendiri. 2 gol dari pemain import, Carlos Kahe yang bakal diganti apabila jendela perpindahan dibuka nanti, mungkin kembali membuka mata pihak pengurusan untuk kembali mengekalkan pemain itu.
Pertembungan adik beradik di pantai timur pula dilihat hambar apabila Terengganu dan T-Team gagal menghasilkan sebarang gol dan sekadar terikat tanpa jaringan.
Must-Watch Video