Namun berbeza dengan peminat bola sepak sejagat di mana Januari merupakan musim perpindahan pemain, di mana kelab-kelab di liga terkenal dari Liga Perdana Inggeris(EPL), La Liga, Bundesliga, dan Serie A mula mencari pemain untuk memperkuatkan pasukan masing-masing demi menghadapi baki perlawanan yang masih ada.
Walaupun secara puratanya, kebanyakan kelab tidak berbelanja banyak pada musim perpindahan di bulan Januari, namun sejak 3 tahun yang lepas, jumlah wang dibelanja oleh kelab, di EPL terumatanya, melebihi 100 juta Pound.
Mengikut pada prestasi kelab-kelab besar di EPL pada musim ini, dijangkakan perbelanjaan yang banyak akan dilakukan sekali lagi, memandangkan persaingan amat sengit.
Buat pendahulu liga Arsenal, keutamaan pastilah untuk membeli seorang pemain tengah yang berpengalaman dan berpotensi untuk mempengaruhi permainan.
Arsene Wenger dijangkakan mempunyai peruntukan sebanyak 50 juta pound untuk Januari, setelah hanya menandatangani seorang pemain pada Ogos lalu, iaitu Petr Cech.
Kecederaan kepada Francis Coquelin member impak yang besar kepada The Gunners, dan kecederaan yang berulang keatas Jack Wilshere dan Santi Cazorla menyebabkan kecerdasan mereka untuk mengemudi di bahagian tengah diragui.
Pemain veteran seperti Mikel Arteta, Matheu Flamini dan Tomas Rosicky juga kurang efektif untuk menghadapi tempo perlawanan EPL yang pantas tambahan lagi dipengaruhi faktor usia.
Arsenal dikhabarkan sudah hampir mendapatkan pemain tengah Basel dan Mesir, Mohamed Elneny, dan juga dikatakan berminat untuk mendapatkan seorang penyerang, tapi keutamaan diberikan kepada pemain di posisi tengah.
Bagi pasukan Leicester City, keutamaan pada bulan Januari ini adalah untuk mengekalkan pemain utama mereka dari dibeli oleh kelab gergasi lain.
Selepas menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang pada separuh musim pertama liga, khabar perpindahan pemain bintang mereka, Jamie Vardy dan Riyad Mahrez ke kelab gergasi di Eropah mula diperkatakan.
Kelab seperti Manchester United dan Chelsea, yang kurang menyengat di hadapan pintu gol musim ini, mungkin cuba untuk membawa Vardy dan Mahrez ke kelab mereka, malah Real Madrid juga pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Mahrez.
Bagi Leicester, keutamaan mungkin diberi kepada posisi penyerang. Bukan sahaja sebagai Plan B jika Vardy tinggalkan kelab, malah mereka perlu seorang lagi penyerang yang dapat membantu meringankan beban Vardy di kelab tersebut.
Untuk Manchester City pula, agak sukar untuk melihat kelab ini berbelanja pada musim perpindahan Januari kerana boleh dikatakan mereka mempunyai skuad yang cukup lengkap.
Dengan penambahan pemain seperti Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, dan Nicolas Otamendi pada Ogos lalu, Skuad City boleh dikatakan lengkap dengan pemain yang berkaliber.
Walapun kecederaan pemain utama seperti Sergio Aguero dan Vincent Kompany, City masih lagi mempunyai pemain yang cukup berbakat untuk menggantikan tempat mereka.
Namun, tidak mustahil jika mereka tetap akan menambah lagi pemain, kerana mereka semestinya mempunyai bajet yang cukup untuk menandatangi siapa saja yang mereka inginkan.
Pengurus Manuel Pellegrini pernah mengatakan mereka tidak punyai pemain yang cukup, jadi ia amat menarik untuk dilihat apa yang bakal dilakukan Manchester City pada musim perpindahan ini.
Kisah Tottenham Hotspur pula sama dengan Leicester City, iaitu cuba untuk mengekalkan pemain utama mereka, Harry Kane, dan mencari penyerang baru untuk membantu Kane.
Kane menjadi pemain utama mereka semenjak musim lalu, dan musim ini, walaupun bermula agak perlahan, Kane sekali lagi menjadi aset penting buat Spurs dan jika pemain ini berpindah atau mengalami kecederaan serius, Spurs bakal pincang dan mungkin gagal untuk bersaing di peringkat yang lebih jauh.
Spurs menunjukkan minat untuk menyambar Saido Berahino, pemain West Bromwich Albion yang mempunyai pengalaman luas di EPL dan dengan keberadaan Berahino, ditambah kemungkinan seorang lagi penyerang, Spurs mungkin boleh memberi cabaran sengit kepada pasukan lain di atas.
Setelah berbelanja banyak pada ogos lalu, pasukan Manchester United dijangkakan sekali lagi akan berbuat demikian pada bulan ini.
Jelas kelihatan, pasukan The Red Devils memerlukan penyerang baru di hadapan dan di posisi tengah. Setelah pemergian Danny Welbeck, Robin Van Persie, Javier Hernandez, Angel Di Maria, Nani, sementara Adnan Januzajdan James Wilson pula dipinjamkan ke kelab lain, Louis Van Gaal tertekan untuk menambah pemain penyerang dengan kadar segera.
Memphis Depay gagal menunjukkan prestasi sebenar, Wayne Rooney juga gagal memberi prestasi yang memberangsangkan, beban menjaringkan gol banyak terletak pada Anthony Martial, namun pemain muda ini sering bermain di sayap kiri, menyebabkan amat sukar untuk Man Utd mencari gol dalam setiap perlawanan.
Pelbagai nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Neymar dan Arjen Robben sering dikaitkan dengan Man Utd. Samada mereka akan datang atau Man Utd akan cuba membeli mereka masih menjadi tanda tanya.
Pemain seperti Saido Mane dari Southampton dan Felipe Anderson dari Lazio dikatakan sudah hampir untuk berpindah ke Man Utd, sementara tidak banyak nama yang dikaitkan untuk bahagian pertahanan mereka, setelah prestasi cemerlang yang ditunjukkan Chris Smalling, David De Gea dan Daley Blind.
Walaupun statistik menunjukkan pembelian pada bulan Januari tidak memberi kesan besar kepada pasukan, namun ada juga rekod mengatakan pembelian Januari juga boleh memberi hasil positif buat pasukan.
Apapun, musim perpindahan sentiasa menyaksikan berita menarik, spekulasi dan khabar angin yang memberi keterujaan peminat di seluruh dunia.