Kegagalan dalam merancang kewangan serta perancangan dalam mencari kewangan akan membuatkan sesebuah organisasi itu pincang dalam urusan pentadbirannya.
Apatah lagi dalam menguruskan sebuah pasukan bola sepak yang memerlukan jumlah kewangan yang besar bagi menampung perbelanjaan pasukan mereka dari peringkat akar umbi sehingga ke pasukan senior.
Sekiranya pengurusan itu bijak dalam perancangan dan membelanjakan kewangan mengikut keperluan yang telah diatur pada awalnya pasti permasalan kekurangan kewangan tidak akan terjadi terutama dalam pembayaran gaji pemain.
Ini yang berlaku pada segelintir pengurusan persatuan bola sepak negara, kita lihat sahaja masih ada lagi pengurusan persatuan yang masih lagi gagal dalam melangsaikan gaji pemain-pemain atau bekas pemain-pemain mereka sedangkan mereka tahu kerjaya sebagai seorang pemain perofesional telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemain.
Kepada pemimpin-pemimpin persatuan yang gagal melaksanakan tanggungjawab itu perlulah berusaha bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapai itu ini kerana pemain-pemain juga mempunyai tanggungjawab mereka kepada keluarga.
Gunakanlah pengaruh dan kebijaksanaan yang diberi untuk mencari jalan penyelesaian secepat mungkin dan bukan hanya menyalahkan pihak tertentu sahaja bagi menutup kelemahan sendiri dalam mengurus organisasi itu sendiri dan jangan hanya pandai menyalak sahaja.
Bagaimana sebagai pemimpin yang lantang bersuara tentang kemerosotan dan inginkan kemajuan dalam bola sepak tetapi dalam organisasi sendiri bermasalah.
Ini satu lagi permasalahan yang berlaku dalam bola sepak negara. Kita ingin melihat anak bangsa kita memajukan dan menjulang nama Malaysia dipersada dunia tetapi malangnya segelintir pemimpin persatuan bola sepak dalam negara kita masih lagi tidak memperdulikan hak-hak pemain sebagaimana mereka hanya menjaga hak-hak mereka.
Jadi janganlah menjadi pemimpin yang meludah ke langit tetapi jatuh ke muka sendiri.