Baru-baru ini, arena sukan dunia dikejutkan dengan berita yang cukup heboh diperkatakan daripada gelanggang seni mempertahankan diri, iaitu kejuaraan UFC 229 di Las Vegas yang melibatkan pertarungan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.
McGregor yang dikatakan telah menyentuh isu sensitif termasuk hal kekeluargaan, agama, dan bangsa sebelum pertarungan mula menghidupkan api kemarahan terhadap Khabib dan emosi itu terbawa-bawa ke gelanggang perlawanan dan membuka ruang kepada Khabib beraksi lebih agresif sehingga menundukkan Mc Gregor dengan mudah dalam pertarungan.
Perkara itu berlarutan sehingga selepas tamat pertarungan dan menimbulkan kekecohan termasuk di luar gelanggang yang melibatkan teman rapat dan penyokong kedua-duanya.
Khabib, yang berdepan dengan hukuman penggantungan sementara oleh Suruhanjaya Atlet Nevada bagi siasatan kekecohan yang belaku dalam saingan UFC Las Vegas, bagaimanapun menegakkan alasan bahawa beliau bertindak demikian apabila isu seperti itu tidak sepatutnya menjadi permainan di mulut Mc Gregor.
Namun, baru-baru ini pula Khabib Nurmagomedov dikatakan mencabar bekas juara tinju dunia, Floyd Mayweather, menerusi satu video yang dimuat naik di laman social. Khabib menyatakan bahawa di dalam hutan hanya ada satu raja dan dengan penuh keyakinan mengakui beliaulah raja itu secara berseloroh.
Cabaran itu diterima secara positif oleh Mayweather namun meletakkan syarat bahawa pertarungan haruslah berlangsung di gelanggang tinju dan mengikut syarat sukan tinju.