Pemain sayap Australia, Nishan Velupillay, difahamkan pernah dirisik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) beberapa tahun lalu untuk menyarung jersi skuad kebangsaan namun pemain berusia 25 tahun itu memilih mewakili Australia.
Menerusi MakanBola, berkongsikan: "Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan berusaha merekrut beliau agar dapat bermain untuk Harimau Malaya.
"Walau bagaimanapun, hasrat itu terbantut apabila jurulatih The Socceroos, Tony Popovic memasukkan Nishan sebagai pemain gantian dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China pada 2024." kongsinya.
Pemain berdarah Tamil-Malaysia itu masuk sebagai pemain gentian Ketika membantu Australia menewaskan Türkiye 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, Piala Dunia 2026 semalam.