Tahniah kepada skuad hoki remaja negara cipta sejarah raih pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 menewaskan India, 4-2 pada final.
Siapa sangka skuad kendalian Wallace Tan mampu mengatasi Argentina, Australia dan India dalam pemburuan emas acara lelaki terutama selepas Malaysia menamatkan cabaran Kumpulan A di tangga kedua.
Nama-nama seperti Muhammad Akhimullah Anuar Esook mula meniti di bibir peminat antarabangsa terutama selepas muncul penjaring terbanyak temasya dengan 22 gol - bermakna secara purata dia meledak lebih 2 gol dalam setiap perlawanan.
Kejayaan ini mengingatkan saya kepada Skuad Projek 2013.
Ketika itu Malaysia dibimbing Muhammad Dhaarma Raj Abdullah juga cipta sejarah raih tangga keempat Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India.
Cuma bezanya, perjalanan Skuad Projek 2013 lebih tersusun kerana dibiayai program khas Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). Terdahulu, Malaysia muncul juara Piala Remaja Asia dan Piala Sultan Johor.
Menerusi Skuad Projek 2013, lahir pemain hebat seperti adik-beradik Faizal dan Fitri Saari, Faiz Helmi Jali, Mohd Haziq Shamsul, Shahril Saabah, Firhan Ashaari, Mohd Hafizuddin Othman, Izad Hakimi Jamaluddin dan Mohd Azri Hassan.
Mereka kini bersama pasukan senior kebangsaan.
Tetapi, pencapaian tangga keempat Piala Dunia Remaja 2013 bukan jaminan untuk terus cemerlang. Cabaran peringkat senior lebih sukar, leka sedikit kegagalan menanti.
Saya menyaksikan bagaimana mereka gagal melepasi kelayakan Sukan Olimpik sejak 2012 walaupun ketika itu ada diantara mereka masih di peringkat remaja.
Pasukan sedia ada ini sudah dua kali berturut-turut terlepas tiket Olimpik namun masih berpeluang buru tempat ke Tokyo 2020.
Apa yang saya persoalkan, mengapa di peringkat remaja mereka begitu hebat tetapi di peringkat senior hanya mempunyai satu peluang terakhir untuk layak ke Olimpik?
Bukankah mereka pernah berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dunia?
Saya sempat berbual dengan Ketua Jurulatih Hoki Negara, Roelant Oltmans mengenai kejayaan Malaysia di Olimpik Remaja. Beliau sedia buka pintu kepada beberapa pemain tetapi ada syarat.
"Mereka boleh sertai sebagai pemain pinjaman. Dibenarkan mengikuti program latihan pasukan senior tetapi tidak mendapat faedah seperti pemain tetap.
"Jika mereka sanggup belajar, saya alu-alukan. Mereka perlu melalui proses yang betul, tiada jalan pintas. Ia hanya akan merosakkan pemain," kata pengendali kelahiran Belanda itu.
Saya setuju.
Akhimullah mengingatkan saya kepada Faizal, enam-tujuh tahun lalu.
Ketika itu dia terlalu hebat di pentas remaja hingga ada yang mengatasi jika dia menyertai Piala Dunia
Remaja 2013 (kerana melebihi usia), Malaysia akan muncul juara.
Kepada cikgu sekolah, tahniah anda berjaya mencungkil bakat muda ini.
Kepada KHM, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), jagalah Young Tigers sebaik mungkin. Biar mereka melalui proses yang betul.
Mereka masa depan hoki Malaysia!