Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menjadi mangsa kritikan pengguna sosial media seluruh dunia -- mempersoalkan tindakannya yang menjurus kepada kecederaan Mo Salah, tetapi benarkah dakwaan ini?
Tiada sebarang kad diberikan kepada Ramos -- dengan erti kata perundangan di atas padang, pengadil mengesahkan Ramos tidak bersalah. Begitu pun, pemahaman yang diguna pakai kebanyakan penonton adalah berlainan.
Beberapa keping gambar pergeseran Ramos dan Salah tular di internet yang memperlihatkan pemain pertahanan senior Los Blancos itu mengepit lengan bintang Mesir. Tidak kurang juga yang sakit hati, melihat gambar Ramos tersenyum selepas Salah meninggalkan padang.
Justifikasi ini dibuat dengan teliti oleh mereka yang berasakan layak menghakimi -- maka bukti pegun ini berjaya meyakinkan lebih daripada 160, 000 orang untuk menandatangani petisyen untuk mendesak agar Ramos dikenakan tindakan dan ketika artikel ini ditulis, usaha ini masih lagi aktif berlangsung.
Jika mereka yang setuju menandatangi petisyen dilabel pro Liverpool, apakah penyokong setia Real boleh bergembira meraikan kejayaan pasukan kesayangan dengan air mata Salah? Pujian harus diberikan kepada yang gigih berkongsi video pendek insiden ini dari satu sudut lain yang dipertontonkan menerusi siaran langsung.
Secara jelas, Ramos dilihat tergelincir bersama Salah dengan posisi lengan penyerang Liverpool itu cuba berpaut kepada Ramos. Baik Ramos mahupun Salah pastinya tidak menjangkakan pergeseran ini akan membawa kepada penyudah buruk dan ia sepatutnya kekal sebagai kemalangan yang tidak disengajakan.
Ramos juga pastinya belajar sesuatu yang berguna dari insiden ini, lebih-lebih lagi ia membabitkan bintang kesayangan ramai seperti Salah. Sebagai benteng yang "keras", dengan memegang rekod kad merah paling banyak, Ramos digeruni ramai tetapi kali ini dia terjerat dengan permainannya sendiri, sampaikan senyuman penyedap hati ketika rasa bersalah menghantui diri juga nampak "plastik".
Percaya atau tidak, karakter yang dibawa Ramos ini telah berjaya menghidupkan peranannya selaku kapten untuk Real menjulang empat trofi Liga Juara Juara Eropah dalam tempoh lima tahun -- 2014, 2016, 2017 dan 2018. Itu belum lagi disingkap kepimpinannya dalam skuad kebangsaan Sepanyol sehingga diangkat antara pemain pertahanan terbaik dunia.