“Saya pun tak faham apa jahat sangat manusia ni, kan. Seolah-olah macam tak takut ke balasan akhirat esok-esok. Tak takut ke balasan buat aniaya orang macam ni?
“Awak ada famili, ada anak-anak, ada bini, cubalah fikir pihak kita orang ni. Jurulatih, pemain-pemain… semua ada anak bini nak bagi makan.
“Tak fikir ke awak ada anak bini, kalau kena kat famili awak macam mana? Saya pun tak tahulah macam mana dia boleh hidup dengan menipu orang. Hidup dalam penipuan, tenteram ke hati?
“Kita ni kalau kita berjanji tak tepati, tipu orang pun, kita dah tak tenteram hati. Macam mana kau boleh hidup dengan menipu orang?
“Ramai pulak tu, bukannya team Perlis saja, MFL (Liga Bolasepak Malaysia), semualah, boleh dikatakan keseluruhan satu Malaysia kau tipu.
“Macam mana orang ini boleh wujud, saya pun tak fahamlah… terkilan, sedih, kecewa, apalah buat orang macam ni….”
Demikian antara luahan hati pemain skuad Singa Utara, Amiridzwan Taj Tajuddin, dalam rakaman temu bual telefon dengan wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sebagai responsnya terhadap keputusan MFL menyingkirkan Perlis daripada saingan Liga Malaysia, semalam.
Amiridzwan tidak pun perlu mengungkapkan secara khusus siapa yang dimaksudkannya kerana khalayak bola sepak tidak pun akan tersalah teka.
Begitu juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL sendiri tidak perlu bertanya-tanya ke sana ke mari kerana dengan orang yang samalah, kedua-dua entiti bola sepak itu termakan kata-katanya hingga keputusan sebulat suara diputuskan mereka untuk secara rasminya menerima kemasukan Perlis ke Liga Perdana selepas Krismas tahun lalu.
Pemilihan Perlis dibuat selepas FAM membuka permohonan kepada pasukan berminat dan badan induk itu akhirnya mencadangkan tiga pasukan, iaitu Kuching FA, Angkatan Tentera Malaysia dan Perlis daripada Piala FAM untuk mengisi slot Liga Perdana berdasarkan dokumen perancangan pasukan berkenaan, termasuk aspek kewangan.
Ahli Lembaga Pengarah MFL kemudian memutuskan untuk memberi peluang kepada Perlis beraksi dalam Liga Perdana 2019 berdasarkan beberapa kriteria, iaitu kekuatan penyokong, masalah hutang dan perancangan kewangan.
Ketika itu, PFA dan MFL telah membuat perjanjian bersama yang mana mereka diberikan tempoh 60 hari bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji manakala MFL menyekat geran tahunan mereka.
Harus Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) menyambut khabar melegakan ketika itu sebagai Santa Claus lebih bermurah hati untuk memberikan mereka hadiah amat istimewa sempena Hari Natal tahun lalu.
Tapi pastinya tidak buat Amiridzwan yang mewakili rakan-rakan sepasukannya -- sebagai pemain yang lebih senior pada usia 33 tahun -- yang menerima khabar penyingkiran Perlis itu sebagai jauh daripada melegakan.
Pada kesudahannya, harus mereka mengharapkan suatu bentuk keadilan dapat ditegakkan kerana pemain-pemain tidak harus dijadikan mangsa kepada apa yang rata-rata mereka rumuskan sebagai satu penipuan.
“Apa lagi saya nak cakap, memang sedih, kecewalah… boleh dikatakan saya pun macam menitik air mata jugalah. Bukannya sayang ke apa sangat (tapi) sayanglah kepada team,” sambung Amiridzwan lagi.
“Kita orang pun dekat-dekat Maghrib (semalam) baru dapat info pasal team ni tutup. Kita orang nak berjalan jauh dah malam ni sebenarnya. (Perlis dijadual mengambil perjalanan dengan bas ke Kota Bharu untuk perlawanan Liga Perdana menentang Kelantan malam esok).
“Budak-budak (pemain) dalam grup (Whatsapp) dalam keadaan ada yang masih marah (kepada kepemimpinan PFA). Tapi dalam grup tak ada nampak lagi apa perancangan atau langkah berikut kami,” tambahnya.
Semalam, MFL menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya sebulat suara memutuskan untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dicapai setelah mereka mereka meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), kelmarin.
Namun, mereka mendapati sumber pendapatan PFA, termasuk daripada penajaan berdasarkan perancangan kewangan mereka, tidak mencukupi untuk menguruskan pasukan bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.
Seiring dengan keputusan itu, MFL bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain-pemain Perlis dengan pasukan lain selama 30 hari bermula semalam walaupun tempoh pertama pendaftaran pemain tamat tengah malam tadi.
“Syarat yang MFL bagi tempoh lanjutan 30 hari untuk cari team tu satu perkara yg baik. Tapi kita pun kena pikir jugak. Satu, team dah penuh. Kalau orang ambik pun, bajet tu mungkin dah banyak lari,” kata Amiridzwan sebagai responsnya.
“Jadi, benda yang susah jugak walaupun ada tempoh tapi team siapa nak ambik, kan. Budak-budak muda lagi problem macam mana la nak survive kan. Ini pun dah nak masuk tiga bulan pun, satu sen tak pernah dapat daripada Perlis. Banyak keluar modal sendiri saja.
“Yang ada simpanan tu, ada la. Macam saya, saya memang ada simpanan tapi saya dah dekat setahun tak ada gaji. Dengan Kelantan lapan bulan, ini sambung pulak Perlis dua bulan lebih dah. Boleh katakan 11 bulan dah saya tak ada gaji, jadi selama ni saya hidup dengan simpanan je.
“Memang saya secara jujur memang saya cakap saya pun agak kering jugak la.”
Kredit foto: Perlis Northern Lions