Esok perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 akan berlangsung di antara Terengganu FC dan Perak FA.
Semua sudah maklum kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang. Dimana kekuatan yang ada pada semua bahagian kedua-dua pasukan itu menyukarkan untuk pencinta bola sepak meramalkan pasukan manakah yang akan menjulang Piala Malaysia 2018 nanti.
Dari rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini sepanjang 2018, dua kemenangan dicipta setiap pasukan daripada empat pertemuan. Bukan mudah kepada jurulatih kedua-dua pasukan ini untuk merancang strategik untuk mencari kelemahan dan kekuatan pasukan lawan. Namun yang boleh membantu kejayaan kedua-kedua pasukan ini adalah faktor kekuatan mental individu pemain dalam memberi tumpuan setiap saat supaya tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh mengundangkan lawan melakukan jaringan.
Perkara ini yang perlu dilihat dan ditekankan oleh jurulatih-jurulatih kedua-dua pasukan ini. Kita tahu Irfan Bakti adalah seorang jurulatih yang gemar melakukan perang psikologi terhadap lawan untuk memberi keyakinan kepada pemain-pemainnya sebagaimana dilakukan ketika berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim diperingkat separuh akhir.
Sementara Mahmet Durakovich pula bijak dalam mengawal emosi pemain-pemainnya dalam mengharungi perlawanan-perlawanan getir sebagaimana beliau merealisasi harapan peminat Selangor ketika itu untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 33. Inilah kebijaksanaan yang ada pada kedua-dua jurulatih itu. Kita mengharapkan satu pertemuan yang menarik dapat disaksikan pada perlawanan akhir itu nanti dan aksi-aksi yang konsisten sepanjang perlawanan dipersembahkan oleh pemain-pemain kedua-dua pasukan dan sekiranya tiada mistake dilakukan pasukan itu akan dinobat sebagai pemenang.