Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengukir sejarah baru arena hoki tanah air apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.
Ini adalah kali pertama UniKL muncul juara LHM sejak 2009.
Paling manis, UniKL menang dengan rekod tanpa kalah sepanjang 12 perlawanan musim ini dengan 11 kemenangan dan cuma satu seri sahaja.
Saya melihat ini adalah satu peningkatan yang amat baik ditunjukkan UniKL sejak menjuarai Piala TNB (juara keseluruhan) musim lalu.
Pujian selayaknya diberikan kepada dua individu yang memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan ini iaitu Ketua Pegawai Eksekutif UniKL merangkap Presiden UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Suud, dan Presiden Kelab Hoki UniKL, Datuk Amir Azhar Ibrahim.
Komitmen dan kesungguhan tinggi serta semangat tidak berputus asa mereka berdua disokong barisan kejurulatihan dan para pemain bagi merealisasikan impian bergelar juara LHM.
Saya melihat percaturan ketua jurulatih, Arul Selvaraj, menerapkan elemen keharmonian dalam pasukan bersama pemain-pemain tempatan dilihat antara faktor utama kejayaan ini walaupun UniKL dibarisi import-import berkelas dunia.
Saya juga tertarik persembahan serta prestasi ditunjukkan semua pemain tidak mengalah awal dan bangkit mengubah keputusan perlawanan walaupun satu ketika UniKL ketinggalan terlebih dahulu kepada pihak lawan.
Berdasarkan prestasi semasa, saya percaya UniKL mampu mencipta satu lagi sejarah tersendiri iaitu memenangi ‘double’ dengan mempertahankan kejuaraan Piala TNB pula selepas ini.
Jika semua pemain tidak terlalu mendabik dada atas kejayaan ini dan mengekalkan momentum yang sama, tidak mustahil impian tersebut dapat direalisasikan sekali gus mengesahkan status sebagai gergasi baharu arena hoki tanah air.
Nama UniKL tidak akan meniti di bibir-bibir peminat hoki negara jika bukan disebabkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mencetuskan idea penubuhan pasukan ini pada 2009.
Andai kata berjaya ke pentas final Piala TNB, UniKL bakal kehilangan khidmat empat tonggak import iaitu penjaga gol Ireland, David Harte dan trio Belanda diketuai Robbert Kemperman, Valentin Verga serta Martijn Havenga kerana peraturan Persekutuan Hoki Eropah.
Lupakan seketika masalah itu kerana fokus utama sekarang ialah melangkah ke pentas final dahulu!