Jendela perpindahan pemain pada pertengahan musim sentiasa menjanjikan kejutan di mana pasukan ternama akan mula mendapatkan pemain baru bagi memperkuatkan pasukan.
Namun, pasukan yang sering kali dikaitkan dengan gosip liar tentang kemasukan pemain sudah tentulah Manchester United.
Ini kerana skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer atau OGS itu masih belum menemui rentak kemenangan konsisten dan sering keciciran mata dalam saingan liga.
Bukan lagi menjadi suatu rahsia apabila OGS memasang impian mahu menyambar khidmat ketua pasukan Sporting Lisbon, Bruno Fernandes sejak awal musim lalu. Di saat jentera tengah terpaksa melupakan khidmat Paul Pogba dan Scoot McTominay yang tercedera, Juan Mata dan Nemanja Matic semakin dimamah usia dan hanya ada Fred sahaja yang benar-benar mampu menjana gerakan dari tengah, kehadiran Bruno Fernandes boleh menjadi kunci utama kebangkitan semula The Red Devils.
Prestasi merudum serta proses pembelian yang terlalu banyak "ding-dong" dari pihak pengurusan mengakibatkan penyokong fanatik United mula hilang sabar dan melakukan rusuhan kecil dengan tanda pagar #edwoordout. Perkembangan ini dipandang serius dan butang panik diambil pihak pengurusan dengan melakukan dua pembelian. Bruno Fernandes menyertai United dan sudah pun beraksi satu perlawanan sewaktu berdepan Wolves. Statistik permainan Bruno amat baik sehingga beliau dinobatkan pemain terbaik perlawanan dalam penampilan pertama.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah kemasukan secara pinjaman bekas penyerang Watford, Odion Ighalo.
Ighalo ternyata adalah pembelian "terdesak" United bagi menambahkan kualiti jentera serangan.
Masakan tidak, penghijrahan Romelu Lukaku ke Inter Milan selain kecederaan jangka masa panjang Marcus Rashford menyaksikan OGS terpaksa mempertaruhkan Anthony Martial dan Mason Greenwood sahaja di barisan serangan. Kedua-dua pemain dilihat belum cukup bersedia untuk menangung beban berat selaku penggempur pasukan Manchester United.
Kemasukan pemain antarabangsa Nigeria itu mendapat kritikan hebat bekas pemain seperti Rio Ferdinand dan Gary Neville. Ferdinand beranggapan United sepatutnya mendapatkan pemain Southampton, Danny Igs manakala Gary tanpa segan silu menempelak bahawa barisan kejurulatihan United sebagai bermasalah apabila mendapatkan Ighalo biarpun secara pinjaman.
Dayang percaya Ighalo bukanlah pilihan pertama, namun laporan media antabangsa menyatakan kegagalan mencapai kata sepakat untuk mendapatkan Edison Cavani dari PSG menyaksikan "pelan B" terpaksa diambil demi kebaikan pasukan. Pemilihan Ighalo adalah bersandarkan kepada rekod baiknya sewaktu bersama Watford selain sudah mempunyai pengalaman beraksi di liga perdana inggeris.Beliau bakal memakai jersi bernombor 25, biarpun nombor pilihannya adalah 9 ataupun 24. Buat masa ini nombor 9 adalah milik Anthony Martial dan 24 milik Fosu Mensah.
Adakah kehadiran Ighalo mampu mengubah nasib United di liga? Atau mungkin ianya akan menjadi igauan ngeri buat OGS?