"Maaf pakcik, kita tidak ketemu di pentas final."
Saya buat-buat senyum mendengar kata-kata wartawan Indonesia itu.
Harapan untuk menyaksikan Malaysia mara ke final bertemu musuh tradisi Indonesia dan seterusnya menjulang Piala Thomas dalam liputan terakhir saya tidak menjadi.
Sayang sekali Malaysia. Pada ketika peluang terhidang, anda sia-siakannya!. Apa lagi nak dikatakan. Sakit hati juga lihat wartawan Indonesia gembira sambil wartawan Malaysia gundah gulana.
Malaysia mungkin akan menanti lebih lama lagi untuk mempunyai peluang terbaik seperti ini. Sudah tiga kali saya menyaksikan Malaysia gagal pada ketika mereka seharusnya muncul juara.
Pada 2002 di Guangzhou, pasangan Choong Tan Fook - Lee Wan Wah gagal memberikan mata kemenangan menentang pasangan bidan terjun Indonesia Halim Haryanto / Trikus Haryanto.
Pada 2014 di New Delhi, lagi memedihkan. Menentang Jepun di final Malaysia kalah 2-3 dan di sini MalaysiaKu tunduk 2-3 kepada Denmark pada ketika selesa mendahului 2 kosong.
Mungkin rezeki belum ada buat Malaysia. Sudah takdir!. Tetapi pada masa yang sama kita tidak harus menyerah bulat-bulat pada takdir, kita harus berusaha untuk mengubah takdir kita.
Dan munkin itu yang dilakukan Denmark. Mengubah takdir mereka. Daripada diambang kekalahan… mereka bangkit mencapai kemenangan.
Saya kagum dengan setiap pemain Denmark. Mereka mengejar setiap pukulan pemain Malaysia, dan ada sampai raket patah.
Pemain Malaysia juga bersemangat tetapi pada pandangan saya kurang daripada Denmark.
Ketika saya masuk ke dewan latihan Stadium Tertutup Pusat Sukan Kunshan selepas perlawanan, saya lihat pemain Malaysia duduk berasingan masing-masing merawat kekecewaan tetapi pemain Denmark bersorakan dengan semangat berpasukan yang cukup tinggi.
Cukup beza 'esprit de corps' mereka
Selepas ini saya akan hanya menonton Piala Thomas di kaca televisyen sambil berharap wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani lebih bertuah daripada saya melihat Malaysia menjulang Piala Thomas di depan mata.