Beberapa jam sebelum berdepan Great Britain dalam aksi play-off kelayakan Sukan Olimpik, saya sukar tidur.
Mungkin terlalu banyak memikirkan mengenai apa akan berlaku pada aksi pertama di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley menentang pasukan gergasi dunia.
Saya harap pemain tidak mengalami masalah ini kerana mereka perlu cukup rehat.
Masih teringat sesi latihan terakhir Malaysia yang lancar.
Jurulatih, pengurus dan kakitangan Institut Sukan Negara (ISN) memberikan kata-kata semangat di luar padang - bertepuk tangan dengan setiap gerakan yang berhasil.
Ia membuatkan suasana cukup positif, membakar semangat pemain untuk berdepan aksi 60 minit pertama.
Pemain senior seperti kapten, Sukri Mutalib, S. Kumar dan Nabil Fiqri Mohd Noor, paling sibuk beri tunjuk ajar dalam suasana latihan yang cukup hidup - semua berkomunikasi.
Latihan diakhiri dengan kata-kata semangat pemain.
Saya mendekati ketua jurulatih, Roelant Oltmans: "Biar pemain sendiri uruskan hal terakhir ini. Saya gembira dengan sikap pemain senior.
"Mereka sudah melalui banyak perkara sebelum saya datang ke Malaysia. Saya percaya, mereka sanggup berikan apa saja untuk dapat bekalan berharga daripada perlawanan pertama.
"Saya sudah curahkan segala ilmu. Kini terpulang kepada mereka," kata pengendali kelahiran Belanda itu.
Saya melihat dari jauh kelibat beberapa pemain yang saya ekori sejak belasan tahun lalu.
Penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, sudah mengumumkan akan bersara jika gagal layak, S. Kumar (penjaga gol) sudah berusia 40 tahun, Sukri kurang 18 kap lagi untuk pecah rekod pemain paling banyak mewakili Malaysia.
Mereka sudah berada di hujung karier.
Mereka sudah beraksi dalam semua kejohanan terbesar dunia, kecuali Sukan Olimpik.
Mereka sanggup tukar semua itu dengan hanya satu tiket ke Sukan Olimpik.
Masanya sudah tiba untuk Harimau berdepan Singa.
Berdasarkan rekod pertemuan, Singa akan menang tetapi mengikut sains, Harimau yang lebih berotot dan lincah akan membaham Singa hingga cerita itu diketahui seluruh dunia.
Doakan mereka!