Sekali pun anda bukan peminat bola sepak, anda pastinya mengenali figura bernama Diego Maradona.
Aura legenda bola sepak Argentina ini sememangnya luar biasa dan dia cukup sinonim dengan gelaran ‘hand of god’ – genius bola sepak yang menghantui sejarah bola sepak England menerusi insiden bola tangan di Piala Dunia 1986.
Empat tahun sebelum itu – pada penganjuran Piala Dunia 1982 di Sepanyol, Maradona tersenarai buat pertama kalinya dalam skuad kebangsaan Argentina yang menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan kejuaraan tetapi kemenangan Itali masih menyaksikan saham Maradona meningkat naik.
Pada usia 21 tahun, Maradona merekod sejarah – menjadi pemain termahal menerusi penghijrahan dari Boca Juniors ke Barcelona dengan nilai perpindahan $7.5 juta tetapi kemewahan dan kemasyuran langsung tidak mengganggu tumpuan Maradona untuk menjadi terbaik dunia.
Antara momen menarik pada awal kemunculan Maradona di La Liga berlaku ketika Barcelona tewaskan musuh ketat, Real Madrid di pertarungan El Classico pada Jun 1983 – Penyokong Real Madrid memberikan tepukan selepas Maradona menjaringkan gol dan perkara itu tidak pernah terjadi kepada mana-mana pemain Barcelona sebelum ini.
Namun Jun bukanlah bulan yang sering membawa tuah buat Maradona apabila dia gagal ujian doping selepas Argentina menundukkan Nigeria 2-1 di perlawanan kedua Piala Dunia 1994 – aksi antarabangsa terakhirnya untuk keseluruhan merekodkan 34 gol daripada 91 perlawanan.
Dadah terus menjadi subjek mengecewakan bagi kehidupan Maradona, selain ketagihan alkohol dan obesiti – akibatnya keputusan Maradona menerima tawaran sebagai jurulatih kelab Mexico, Dorados pada 2018 dipersendakan – apatah lagi kelab ini berpangkalan di Sinaola, lokasi kebanyakan kartel dadah.
Tetapi dadah bukanlah penyebab utama kematian Maradona pada Tarikh 25 November 2020.
30 Oktober lalu, Maradona baharu sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ke-60 dengan kesulitan untuk berjalan dan ia berlaku ketika dia membimbing pasukan Gimnasia La Plata di sebuah pertandingan.
Sekali lagi angka 3 mengganggu kelancaran hari Maradona apabila 3 hari kemudian dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi, anemia dan kemurungan tetapi ia sebenarnya hanya penyebab untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut sehingga menemukan darah beku di bahagian otaknya.
Ketika keluarga, rakan dan peminat setia sudah boleh kembali menarik nafas lega dengan perkembangan positif dari pembedahan yang dilakukan, Maradona hanya sempat menghabiskan masa 3 hari di rumah sebelum serangan jantung meragut nyawanya selamanya.
Sesungguhnya pemergian Maradona cukup mengharukan - dia mungkin sahaja sudah penat berjuang untuk membawa imej sebagai legenda bola sepak yang sempurna, yang ternyata bukan hanya untuk Argentina tetapi seluruh dunia.
Beristirahatlah dengan tenang, Diego Maradona.