Skip to main content

Rencana

Hanya kerana buku... Marcus Rashford berubah

rashford-main.jpg
Marcus Rashford, 22 tahun, mencipta impak besar sejak menyarung jersi Manchester United tetapi tidak ramai yang tahu dia hanya berpeluang membaca buku pertamanya pada usia 17 tahun atas faktor kemiskinan.

Dalam satu temubual bersama CNN, Rashford berkongsi pengalaman unik yang diperolehinya selepas membaca buku.

“Membaca telah mengubah diri saya terutama dari segi mentaliti.”




Sejak itu, Rashford yang sangat mencintai bola sepak lebih memahami peranannya.

Rashford tidak lagi hanya memikirkan wang yang selama ini dianggap sebagai kunci kepada kehidupan yang lebih baik.

Kerjaya dalam bola sepak yang dicanang kepadanya sejak kecil – mampu memberikan kemewahan sememangnya benar tetapi dengan mentaliti yang baharu, Rashford sedar dia juga boleh mengubah pemikiran lebih ramai mereka yang senasib dengannya.

Rashford memilih untuk memberikan pengalaman unik membaca kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah yang menjadikan buku sebagai pilihan terakhir berbanding keperluan lebih mendesak seperti makanan.

Persekitaran yang cukup difahaminya itu, menimbulkan idea untuk Rashford ‘memujuk’ kerajaan United Kingdom, UK, bagi mengubah polisi berkaitan bantuan makanan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah – walaupun ia memerlukan penyerang kebangsaan England ini melakukan dua cubaan berani.

Ye, pada ketika rakan sebayanya menghabiskan masa ‘enjoy’ di kelab-kelab malam atau membelanjakan wang hasil kerja keras, Rashford pula sedang merencana ‘book club’ menerusi usahasama dengan syarikat penerbitan Macmillan yang terkenal dengan karya kanak-kanak – siap dengan tema ‘escapism of reading’ lagi.

Escapism – keperluan untuk mengalihkan tumpuan dari realiti yang tidak menyenangkan, kebiasaannya merujuk kepada hiburan atau berfantasi – dan dalam terma ini Rashford mengajak kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini untuk mengalihkan segala keperitan dalam hidup mereka ke arah yang lebih positif iaitu membaca.

Seperti di negara kita, golongan yang tinggal dikawasan seperti setinggan atau rumah pangsa lebih mudah terdedah kepada gejala kurang sihat seperti dadah pada usia yang amat muda, lebih kurang sama juga keadaannya di sesetengah tempat di UK dengan masih ada kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolah.

Berdasarkan kajian, kira-kira 400, 000 kanak-kanak di seluruh UK tidak mampu membeli atau mendapatkan buku yang kemudiannya melunturkan minat mereka untuk membaca – dan inilah yang menarik minat Rashford untuk menerbitkan buku dari projek khas ini yang akan diedarkannya sendiri sekiranya ia perlu untuk sampai kepada kumpulan ini.





Sebagai permulaan, buah tangan pertama Rashford akan membawa inspirasi dari kehidupan peribadinya dalam karya berjudul – YOU ARE A CHAMPION: Unlock A Potential, Find Your Voice And Be The Best You Can Be – disasarkan untuk mereka yang berusia 11 hingga 16 tahun.

Tetapi bukanlah niat Rashford nak menunjuk-nunjuk kisah kejayaannya sehingga boleh menjadi salah seorang tonggak kelab gergasi eropah dengan meledak 7 gol di semua saingan musim ini.

Dan bila kelab buku ini sudah berjaya nanti, Rashford bolehlah belajar selok-belok buka kelab bola sepak pula. Atau mungkin Rashford nak berkecimpung dalam dunia politik sebab nampak ada gaya-gaya YB tu? Tetapi kalau pemain muda negara, agak-agaknya siapa yang berbakat jadi ahli politik? Safawi Rasid ke Luqman Hakim Shamsudin?

Advertisement

Must Watch Video