Skip to main content

Rencana

Hamidin berfikiran terbuka

fam.jpg
Hari ini dalam sejarah. Itu yang boleh penulis katakan apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dengan rendah hatinya menjemput beberapa orang bekas pemain kebangsaan ke Wisma FAM untuk bersamanya memikirkan cara untuk memajukan bola sepak negara terutama tentang kemajuan skuad senior negara ketika ini.

Ini satu tindakan yang bijak dilakukan oleh pemimpin nombor satu FAM itu apabila buat pertama kalinya bekas-bekas pemain mengikut era mereka bermain dipanggil berjumpa untuk mendengar pandangan dan pendapat mereka. Ini menunjukan bahawa Presiden FAM itu bersifat terbuka dan tidak melupakan jasa mereka.

Melalui perbincangan meja bulat itu, kesemua bekas pemain yang hadir dapat menyampaikan apa yang mereka rasa perlu diperbaiki dan perlu ada dalam diri pemain itu sendiri. Mereka semua akui yang corak bola sepak moden ini bayak berbeza, namun apa yang mereka harapkan kepada setiap pemain yang beraksi untuk Malaysia agar bermain demi lencana di dada sebagaimana yang mereka lalui. 

Begitu juga dengan segelintir majikan-majikan pemain supaya dapat menerapkan cintakan negara kepada pemain agar mereka tidak rasa gusar dengan masa depan mereka apabila dipanggil untuk mewakili negara tercinta, Malaysia. Inilah pengorbanan besar pemain-pemain bola sepak negara yang mengharumkan nama Malaysia.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Soh Chin Aun dan Dato’ Santokh Sigh, sekiranya kita ingin melahirkan legenda, kita perlu melahirkan sebuah pasukan berkualiti tinggi di mana ia dihadiri oleh pemain yang berkualiti. 
Inilah kata-kata yang tersemat dalam fikiran penulis apabila mendengar sendiri kata-kata daripada barisan legenda ini.

Advertisement

Must Watch Video