Skip to main content

Rencana

Hak kanak-kanak jangan diabai

pialafa.jpg

Pelbagai kemelut dan kontroversi yang berlaku dalam industri bola sepak negara sebagaimana yang kita ketahui beberapa isu-isu yang telah menarik perhatian ramai pihak terutama tentang penaja bersama persatuan dan tiket perlawanan akhir Piala FA serta pemecatan Rajagopal sebagai jurulatih pasukan Sarawak.

Tetapi yang menarik perhatian ramai pihak adalah tentang tiket perlawanan akhir Piala Fa, dimana ramai pihak mempertikaikan FMLLP kerana mengetepikan hak kanak-kanak. Ini satu lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana kanak-kanak adalah merupakan generasi yang akan mewarnai bola sepak akan datang.

Ramai juga yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh penganjur kerena di Eropah tiada tiket kanak-kanak diwujudkan tetapi kita juga perlu melihat dari sudut ekonomi mereka di sana dan ia sungguh berbeza di nagara kita. Sementara disini pula ramai yang pecinta bola sepak ini daripada golongan pertengahan dan sudah tentu ia akan mendatangkan permasalahan kepada mereka. Apatah lagi ia melibatkan pasukan dari selatan tanah air dimana gelanggang pertandingan akhir pula terletak di Lembah Kelang.

Disinilah sebenarnya menguji kebijaksanaan kakitangan penganjur dalam mengurus dan berfikir dalam merealisasikan impian anak-anak ini untuk bersama-sama memeriahkan perlawanan akhir itu nanti. Ini berdasarkan alasan yang diberi oleh pihak FMLLP adalah tidak logic kerana ingin menanggung kos penyelengaraan dan melakukan aktiviti-aktiviti sampingan diluar stadium.

Sudah tentu dengan jumlah rating yang tinggi diperlawanan akhir itu pihak penganjur sebenarnya boleh mencari penaja untuk aktiviti sampingan itu memndangkan hak pertandingan itu adalah hak mereka dan ia juga boleh berbincang dengan penaja rasmi pertandingan piala itu untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan itu.

Janganlah atas kesilapan sendiri tanpa mengunakan akal terus menghukum anak-anak untuk menyaksikan kemeriahan perlawanan akhir itu nanti. Jadi kepada golongan bijak pandai penganjur gunalah akal yang diberi Ilahi supaya hak kanak-kanak jangan diabai.

 

Advertisement

Must Watch Video