Pekikan “Vamos!” oleh Gareth Bale sebagai sindirannya terhadap Real Madrid sejurus menjaringkan gol pertamanya buat Tottenham Hotspur dua minggu lalu, nampaknya bersahut.
Sama seperti keghairahan The Lillywhites meraikan ‘kepulangannya’ selepas tujuh musim, anehnya Real Madrid turut mengikuti rapat perkembangannya walaupun ia semata-mata berkisar kepada sebab-sebab komersial berbanding nilai sentimental.
Di sebalik apa pun yang berlaku musim ini, hakikatnya kekal bahawa Bale masih lagi seorang pemain Real Madrid sehingga 30 Jun 2022, dengan kembalinya dia ke London Utara adalah atas perjanjian pinjaman selama semusim.
Lebih daripada itu, menurut Diario AS, sebuah akhbar sukan harian Sepanyol khusus mengenai bola sepak, Real Madrid berpendirian bahawa bintang antarabangsa Wales itu masih menjadi aset penting serta tidak menolak kemungkinan terhadap kepulangannya ke Santiago Bernabeu semula.
Andainya tidak demikian pun, Real Madrid masih berharap untuk menjual Bale secara kekal pada musim panas tahun depan dan mendapatkan sedikit pulangan daripada pelaburan sebesar €100.8 juta (RM490 juta) sebagai yuran perpindahan rekod dunia ke atasnya ketika itu.

Setelah diperlukan membayar separuh daripada gajinya musim ini, yang dianggarkan €15 juta (RM63 juta) daripada keseluruhan €30 juta – antara syarat utama peminjamannya kepada Spurs – Bale dianggap pelaburan jangka sederhana oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Dan jika Bale dianggap berjaya di England, tidak salah untuk Real Madrid mengharapkan akan ada bidaan terhadapnya musim panas depan untuk kelab itu menghitung laba daripada penjualannya.
Real Madrid sedang berkira-kira untuk menstrukturkan semula kos gaji pemain-pemainnya dengan tujuan untuk mendatangkan bintang-bintang baru ke kelab ibu kota Sepanyol itu, tambahan pula mereka dikatakan berminat terhadap Kylian Mbappe (PSG), Eduardo Camavinga (Rennes) dan Erling Haaland (Borussia Dortmund) antaranya.
Penjualan James Rodriguez ke Everton awal musim ini sudah memberikan Real Madrid sedikit kelegaan daripada kos gaji pemain-pemain skuad pertama yang bernilai €283 juta (RM1,376 juta).
James telah mengurangkan kadar itu sebanyak €18 (RM87.5 juta) sambil potensi penjualan Bale akan menjimatkan kelab itu sekitar €30 juta (RM145 juta) lagi.
Lantaran itu, Real Madrid mengharapkan Bale akan terus cemerlang untuk mengelakkan sebarang hakisan lanjut terhadap nilai semasanya. Transfermarkt ketika ini menaksirkan pemain berusia 31 tahun itu bernilai €25 juta (RM121.5 juta).
Tentulah senario paling menarik ialah untuk Bale – yang telah ditampilkan enam kali oleh Jose Mourinho, iaitu masing-masing tiga perlawanan Liga Perdana dan Liga Europa, di samping menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan – terus meledak bagi mengundang tawaran tertinggi.
Selain itu, kata laporan Diario AS, ada satu lagi kebarangkalian untuk Bale terus bersama Spurs buat musim kedua secara pinjaman.
Sekiranya itu berlaku, ia mungkin memerlukan Tottenham untuk menanggung sepenuhnya gaji pemain itu.

Opsyen ketiga pula ialah untuk Bale kembali ke Santiago Bernabeu.
Barangkali ia tidak masuk akal ketika ini tapi menurut sumber-sumber di pihak pemain itu, ia tidak harus diketepikan sama-sekali, apatah lagi jika Zinedine Zidane tidak lagi menduduki kerusi pengurus ketika itu.
Penaja-penaja di Madrid dikhabarkan masih bertaruh ke atasnya pada masa Real yang sedang berhadapan krisis kewangan kelab, berpendirian apa jua aset yang mereka miliki, tidak harus dibazirkan.
Vamos, Gareth, Vamos.
Kredit grafik: The Sun