Selepas hambar dalam saingan AFF B-19, penyerang kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak, kini kembali membuktikan kemampuannya dengan dua gol selepas dua perlawanan Kumpulan D saingan AFC B-19 yang berlangsung di Indonesia ketika ini.
Hadi yang sudah dilepaskan daripada ikatan kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) II sebelum ini tampak berusaha keras untuk menonjol dalam saingan AFC kali ini sekali gus membuktikan dia antara prospek penyerang muda harapan negara.
Pemain yang berasal dari Tanjung Malim itu menjalani ujian pemilihan dengan kelab Liga J2 Jepun, Roasso Kumamoto, Ogos lalu dan prestasi cemelang di pentas AFC kali ini dijangka mencerahkan peluang Hadi berkelana di sana.
Tidak dinafikan, terdapat pemerhati bola sepak tempatan yang masih sangsi dengan kemampuan Hadi untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyerang terbaik negara.
Namun, penulis percaya Hadi seorang penyerang muda berkualiti dan berlandaskan aksi setakat ini di saingan AFC dia membuktikan mampu beraksi di peringkat tertinggi.
Hakikatnya kekurangan Hadi adalah dia kurang mendapat waktu bermain ketika bersama JDT II sebelum ini dan sedikit sebanyak ia membataskan peningkatannya.
Apa pun, pemain berusia 18 tahun ini seorang yang tidak mudah mengalah dan kesediaannya untuk berhijrah ke Jepun membuktikan dia bersedia menyahut cabaran.
Roassao Kumamoto menamatkan saingan Liga J2 di tangga tercorot musim ini dan besar kemungkinan Hadi akan hanya beraksi dalam saingan J3 jika menyertai kelab itu musim depan.
Namun, ia adalah satu pendedahan penting buat Hadi membawa permainannya ke aras lebih tinggi dan pada masa sama, merebut tempat dalam skuad B23 negara untuk saingan AFC B-23 dan Sukan SEA 2019 di Filipina.
Aksi terakhir Kumpulan D berdepan China 26 Oktober ini adalah perlawanan yang wajib di menangi barisan kendalian Bojan Hodak namun, mereka tetap boleh tersingkir jika Tajikistan dan Arab Saudi seri dalam satu lagi perlawanan.
Penulis berharap Hadi akan sekali lagi merobek gawang lawang dalam aksi terakhir kumpulan D itu dan jika boleh, mara lebih jauh bersama barisan muda negara di saingan AFC kali ini.