Sebelum Erling Braut Haaland menyertai kelab Austria, Red Bull Salzburg, tipis sekali peminat bola sepak dunia mengenali pemain tersebut, apatah lagi tiada impak dipamerkan ketika beraksi untuk skuad kebangsaannya, Norway.
Bermula menjadi muka hadapan salah sebuah akhbar Norway pada Julai tahun lalu, ketika hanya berusia 17 tahun, Haaland telah menjaringkan empat gol buat kelab Norway, Brann, kesemuanya sebelum tamat separuh masa pertama dan dalam tempoh 15 minit pertama, dia telah melengkapkan hatrik.
Aksi yang telah dipamerkan Haaland itu berjaya menarik minat bekas pengendali Molde, Ole Gunnar Solskjaer (kini bersama Manchester United).
Ketika bersama Molde, Juventus berusaha untuk membawa bintang muda itu ke Itali, namun bidaan mereka telah ditolak dan dalam masa yang sama, terdapat laporan daripada media antarabangsa mencadangkan beberapa kelab Jerman turut berminat dengan kemampuan pemain itu.
Sepanjang 39 perlawanan bersama Molde, Haaland menyumbang 14 gol dan lima bantuan jaringan. 12 daripadanya hadir pada musim terakhir dia beraksi dalam saingan Liga Norway, Eliteserien (www.transfermarkt.com).
Dua bulan kemudian, kelab Austria, Red Bull Salzburg, menandatangani pemain tersebut dan sinarnya mula menyerlah.
Ia bermula dengan aksi cemerlang dipamerkan dalam saingan Piala Dunia B-20 ketika bertemu Honduras apabila Haaland menyumbang sembilan gol buat Norway. Norway melengkapkan kemenangan dengan 12 gol dalam perlawanan tersebut dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyiasat perlawanan tersebut untuk mencari terdapat unsur mengatur perlawanan.
Tidak diragui Erling Braut Haaland musim yang cemerlang buat masa ini, pemain berusia 19 tahun itu telah meledak 15 gol dan enam bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga Austria.
Selepas lima perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), dia mencetak lapan gol, menjaringkan hatrik dalam aksi pertamanya di pentas itu, kini hanya di belakang Robert Lewandowski dalam carta penjaring terbanyak kejohanan.
Bak kata peribahasa "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi", kemampuan yang dimiliki oleh Haaland hadir daripada bapanya, Alf-Inge Haaland, yang merupakan pemain yang menempah nama dalam saingan bola sepak Inggeris bersama Leeds United dan Manchester City.
Alf-Inge tiba di Nottingham Forest pada 1993 dan telah membuat 200 penampilan. Kehadirannya menjadi ikutan di Elland Road tetapi ramai peminat yang masih mengingati perbalahannya dengan Roy Keane.
Dilahirkan di Leeds, secara teorinya, Haaland layak untuk mewakili The Three Lions. Namun hatinya tetap bersama Norway dan mahu mengikut jejak langkah bapanya dengan beraksi dalam saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Malta dan Sweden, September lalu.
Selepas bintang muda dari Portugal, Joao Felix, diangkat sebagai Budak Emas 2019, Haaland berada di landasan untuk meraih anugerah tersebut dengan syarat, perlu kekal konsisten sepanjang musim ini.
Ketika dunia bola sepak semakin ketandusan penyerang tulen nombor sembilan, hadirnya Haaland ialah untuk meneruskan legasi yang bakal ditinggalkan oleh pemain seperti Robert Lewandowski pada masa akan datang.