Skip to main content

Rencana

Gugur jantung dibuatnya

19516shahrazadsani.jpg
Antara penghormatan buat media daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah menjadi sebahagian daripada majlis undian bagi saingan suku akhir Piala Thomas dan Uber.

Sejurus sebelum majlis yang bermula tengah malam Rabu, saya dan penerbit Nadi Arena, Lukman Salleh dihampiri pegawai media BWF yang memberi penjelasan wakil daripada Astro Arena akan terlibat dengan aturcara tersebut.

Lukman dan pegawai media BWF itu bersetuju untuk saya memikul tugasan ini meskipun berdebar kerana tidak diberitahu sama ada undian bagi peringkat suku akhir itu untuk Piala Thomas atau Uber.

Mujur khidmat saya adalah untuk undian Piala Uber dengan sentuhan pemilihan menyaksikan Korea Selatan mengelak berada dalam kelompok China.

Tersenyum dan terhibur apabila kem Korea memberikan tepukan terhadap undian itu yang dianggap senario baik buat kempen mereka.

Penghormatan bagi undian Piala Thomas buat media Malaysia jatuh pada bahu sahabat saya, Helmi Talkah dari Berita Harian.

Ternyata karma baik daripada undian media Malaysia berterusan, menyaksikan skuad Piala Thomas negara elak kelompok China dan berdepan Taiwan dalam saingan suku akhir.

Saya tahu jauh di sudut hatinya, gugur jantung kalau undian tidak memihak skuad negara.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video