Belumpun lama sambutan Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017-18, Pep Guardiola menjanjikan penderaan lanjut menanti pemain-pemainnya musim depan.
Tanpa bicara berlapik, pemain-pemain diberitahu bahawa dia akan lebih tegas dan menuntut lebih lagi daripada mereka sebagai pasukan yang berstatus juara bertahan.
Pengurus City itu percaya hanya pendekatan lebih ketat adalah langkah terbaik untuk menghindarkan pemain-pemainnya daripada diresapi sikap mudah berpuas hati selepas meraih kejuaraan berganda musim ini.
City kembali dinobatkan juara ketika liga masih berbaki lima perlawanan, namun di sebalik segala pujian yang dihamburkan, Guardiola bertegas bahawa masih banyak yang perlu dibuktikan oleh pemain-pemainnya – sama ada bertaraf bintang atau sebaliknya.
“Ia sama seperti apa yang saya tangani di Barcelona dan Bayern Munich – pemain-pemain mula percaya apa yang telah mereka lakukan adalah hasil pendekatan saya dan itu membenarkan mereka bermain pada masa depan. Namun, itu bukan perkara benar.
“Apa yang telah kami lakukan sudahpun kami lakukan. Tetapi itu membantu kami berfikir, ‘Kami telah melakukannya sekali dan kami boleh melakukannya sekali lagi dan yang lain-lain tidak akan ada lebih tenaga.
“Sebab itulah musim depan, ia akan lebih sukar. Hubungan kami (pengurus dengan pemain) juga akan lebih sulit.
“Ia berlaku di Barcelona dan Bayern Munich. Saya telah menangani situasi itu dan saya tahu yang saya harus menekan lebih lagi,” katanya seperti dipetik espn.com.
"Saya perlu lebih lagi mengawal pemain – waktu mereka tiba untuk sesi latihan, apa yang perlu mereka lakukan dengan bola dan tanpa bola. Jika mereka tidak mengikutinya, mereka akan tertangkap, lebih lagi daripada musim ini.
“Hubungan kami juga tidak akan lebih mesra.”
Guardiola turut menekankan keutamaannya musim depan lebih kepada mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada mengejar gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.
“Pada ketika ini, untuk memenangi kejuaraan liga adalah gelaran terpenting untuk ditunjukkan kelab ini.
“Percayalah saya, saya mengimpikan untuk bermain dalam final Liga Juara-Juara atau menjuarainya. Saya tahu betapa indahnya untuk menamatkan musim dengan trofi cantik itu.
“Tapi saya lebih suka untuk memiliki sebuah pasukan yang umpama mesin setiap hari – dengan berada di sana baik di tempat sendiri mahupun tempat lawan dan sama ada suasananya bagus atau sebaliknya.”
Dan pemain-pemainnya tahu Guardiola seorang yang berpegang kepada cakap-cakapnya.