Sekadar juara berganda saja belum memadai buat Manchester City.
Kini pengurus, Pep Guardiola, menuntut pemain-pemainnya membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam sejarah bola sepak Inggeris.
Pasukan yang baru dimahkotakan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017-18 itu melepasi 100 gol semusim dalam perjalanan untuk kemenangan 4-1 di West Ham, Ahad lalu, dan kini di ambang mencatat rekod serba-serbi.
City, yang akan menerima trofi juara EPL ketika menjadi tuan rumah kepada kunjungan Huddersfield, Ahad ini, memerlukan satu lagi kemenangan untuk meleburkan rekod Chelsea dengan 95 mata pada musim 2004-05 di samping dua gol lagi untuk mengatasi rekod The Blues dengan 103 gol semusim pada 2009-10.
”Saya gembira kerana Ahad ini, kami akan menerima trofi Liga Perdana dan berpeluang menjadi pasukan terbaik dalam sejarah di England dengan jumlah mata terbanyak. Kami akan cuba melakukannya Ahad ini,” katanya.
“Untuk berasa gembira ketika menjulang trofi saja tidak memadai. Nombor-nombor adalah faktanya dan diharapkan kami akan mendapat satu lagi kemenangan dan kami akan mendapat jumlah 96 mata.
“Anda sentiasa perlu bermain untuk sesuatu. Sejurus kami menjuarai Liga Perdana, sasarannya ialah nombor-nombor pula.
“Nombor-nombor yang akan kami capai tidak akan mudah. Kami perlu bermain dengan baik untuk mengatasi rekod. Ia bagus untuk mempunyai sesuatu untuk dicabar.
“Kami perlu menunjukkan siapakah kami dan apa yang telah kami lakukan sepanjang musim ini,” kata Guardiola lagi.
Huddersfield, kini di tangga ke-16 dengan 35 mata – cuma tiga mata di atas zon penyingkiran – harus meratapi nasib untuk berdepan pasukan juara berganda itu pada detik dan situasi yang langsung tidak memihak mereka ketika ini.
Selepas Ahad ini, City masih mempunyai baki dua perlawanan menentang Brighton dan Southampton, apabila sebarang kekurangan untuk mengatasi rekod jaringan Chelsea akan dieksploitasi habis-habisan.
Guardiola turut mengungkapkan pasukannya tidak hanya dimotivasikan oleh angka-angka, malah lebih daripada itu, dirangsang keseronokan bermain bola sepak.
“Pertama-tamanya, mereka suka bermain bola sepak kerana mereka adalah profesional. Mereka semua mahu bermain, malah pemain-pemain di bangku simpanan juga mahu bermain – dan itu adalah perkara terpenting.
Dan sebagaimana lawan-lawan terdahulu, kini tinggal Huddersfield, Brighton dan Southampton untuk menafsir apakah maksud ungkapan itu.
Kerana, bagi pemain-pemain City, mereka akan lebih gembira untuk menyahut cabaran Guardiola.