Skip to main content

Rencana

"Group WhatsApp bola"

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp.jpg
Aksi Liga Malaysia musim 2020 bakal membuka gelanggang penghujung Februari ini.

Kebanyakan pasukan ada yang sudah awal-awal lagi mempersiapkan pasukan daripada pelbagai aspek, sama ada untuk pasukan mahupun peminat, yang bakal menjadi tunjang utama perjalanan pasukan hingga penghujung musim.

Bagi pemain ke-12, iaitu penyokong mereka, menanti penuh debar siapa pemain baru tempatan dan import yang bakal dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan.

Dalam kalangan pemyokong pula, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori -- pertama, penyokong sampai mati, kedua, penyokong ikut musim, ketiga, penyokong lalang dan keempat, penyokong bangsa final.

Tak kisahlah mana satu pun kategori mereka, pemain ke-12 ini punya sentuhan dan aura tersendiri.

Mereka tetap akan berada bersama pasukan di kala jatuh dan di puncak.

Kadangkala, ada yang sanggup ambil cuti, bohong pada majikan dan macam-macam lagi, semuanya kerana bola.

Itu tak masuk lagi "group WhatsApp" yang adakalanya bertekak sesama ahli kumpulan.

Antara sebab berlaku, sebagai contoh, hanya dek kerana tak berpuas hati dengan pemain baru yang dibawa masuk.

Kata Si A, pemain ni tak bagus, patut ambil yang lain. Macam-macam, itu tak termasuk tak puas hati hal barisan yang diturunkan jurulatih nanti bila liga dah mula.

Lawak tapi tetap meriah. Dalam "group WhatsApp", yang seronok lagi kaum hawa pun turut sama bagi pandangan.

Bila pengurusan umum jersi baru, dalam group juga akan bermulalah "perang pendapat". Kenapa warna ini? Kenapa jalur macam tu? Semuanya dek kerana bola oh bola.

Apapun, sejujurnya penyokong bola sepak kelab-kelab di Malaysia, kalian adalah antara individu hebat. 

Kalian wajar diberikan penghormatan atas apa yang telah kalian korbankan kepada pasukan.

Buat pemain dan pengurusan, buang ego sedikit, hargailah pemain ke-12 ini.

Mereka juga adalah keluarga bola sepak Malaysia.

Ini Rumah Kita 
Ini Liga Kita 
Tanah Tumpah Darah Kita!

Advertisement

Must Watch Video