Kisah bintang import Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kieran Govers, kembali terpilih dalam skuad Australia boleh dijadikan contoh oleh semua pemain hoki kebangsaan.
Govers langsung tidak menjangkakan namanya kembali tersenarai dalam skuad The Kookaburras selepas dua tahun tersisih sejak digugurkan daripada pemilihan akhir ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Pemain dari Wollongong, New South Wales ini mendedahkan, hidupnya menjadi kacau-bilau dan tidak terarah selain lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti aktiviti yang tidak berfaedah selepas impiannya itu musnah.
Selepas tersisih, Govers melepaskan geram dengan menyifatkan 16 pemain terpilih ketika itu tidak mampu mencabar pingat emas, malah lebih lemah berbanding skuad yang meraih tempat ketiga pada Sukan Olimpik 2012.
Govers yang memiliki 120 kaps antarabangsa dan 58 gol, bagaimanapun tidak pernah melupakan hasratnya untuk kembali mewakili Australia satu hari nanti.
Dia memilih untuk berkelana ke Belanda beraksi dengan HC Den Bosch selama tiga musim berturut-turut selain beraksi dengan dua kelab Australia, Albion Park dan Sutherland.
Kehadiran Govers beraksi dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) tahun ini menyaksikan UniKL berjaya menjulang gelaran Piala TNB iaitu kejuaraan pertama dalam tempoh tujuh tahun sejak pasukan itu menyertai buat pertama kalinya pada 2011.
Barisan kejurulatihan Australia seolah-olah sudah memanfaatkan kontroversi Govers apabila namanya diserapkan ke dalam pasukan pembangunan negara ranking No. 1 dunia itu hujung tahun lalu dan berlatih dengan skuad utama baru baru ini.
Perubahan sikapnya ternyata membuahkan hasil apabila ketua jurulatih Australia, Colin Batch menyenaraikan namanya bagi mengimbangi skuad utama selepas persaraan kapten, Mark Knowles.
Govers kini berpeluang merebut tempat untuk membuat penampilan ketiga pada pentas Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India bermula November ini.
Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun adalah impian terakhirnya kerana Govers belum pernah merasai kejayaan sebagai juara Sukan Olimpik dalam kariernya yang sudah pun mempunyai dua gelaran Piala Dunia, dua kejuaraan Trofi Juara-Juara dan satu pingat emas Sukan Komanwel.
Pengajaran daripada kisah Govers ialah pemain hoki negara yang tidak berada dalam perancangan skuad kebangsaan perlu terus berusaha keras dan usah sesekali memadam impian untuk menyarung jersi Malaysia.