Kelmarin, saya sempat merasai pengalaman mencuba sukan golf di Klang Golf Driving Range, Bandar Baru Klang.
Pengalaman itu mengubah pandangan skeptikal saya yang sebelum ini prejudis memperkatakan sukan ini hanya untuk golongan "ada-ada" dan berkemampuan tinggi.
Dengan hanya bermodalkan RM12 untuk 100 biji bola dan tambahan RM5 untuk menyewa sebatang iron pendek bernombor sembilan, saya sudah dapat merasai pengalaman baru -- untuk setidak-tidaknya memukul bola dengan kayu golf.
Lima percubaan awal sekadar menyauk lantai. Dengan berbekalkan tunjuk ajar daripada rakan yang lebih berpengalaman -- tidak teralu berpengalaman, cuma tahu serba-sedikit asas mengenai 'grip' dan 'swing' -- saya akhirnya berjaya memukul tepat ke arah bola, namun hanya pada jarak sejauh 30 meter.
Semakin banyak percubaan, semakin jauh bola itu pergi dan saya semakin berasa seronok.
Selepas agak 'mahir' menggunakan iron pendek, saya cuba untuk menggunakan "driver" pula.
Kayunya lebih panjang dengan "clubhead" yang lebih besar. Bola juga perlu diletakkan di posisi yang lebih tinggi dengan diletakkan di atas sebatang hos getah yang dinamakan "rubber tees".
Daripada segi pukulan pula, ia memerlukan lebih tenaga dan bola yang dipukul akan pergi lebih tinggi dan jauh dengan efek bunyi yang lebih sedap untuk didengari.
Orang sekeliling, yang jauh lebih berumur seperti pakcik sebelah, juga tidak lokek berkongsi ilmu dan mengajar cara yang betul untuk memegang kayu golf dan melakukan hayunan, membuatkan saya berasa amat seronok untuk menceburi sukan ini.
Kini, saya tahu mengapa peminat sukan ini sanggup untuk menginap berhari-hari di kelab golf semata-mata untuk melepaskan "gian" mereka.
Dengan mengeluarkan modal di bawah RM20, saya pulang ke rumah dengan badan yang berpeluh, tapak tangan yang melecet dan hati yang gembira.