Lumrah manusia yang diciptakan mahu berpasang-pasangan, begitulah juga dengan pemain bola sepak. Selain dari itu, wang juga diperlukan untuk kelangsungan hidup di masa akan datang. Dua faktor, wanita dan wang, sering menghantui karier selaku pemain bola sepak, lagi-lagi pemain di usia yang muda.
Terbaru, memetik laporan dari Harian Metro, Bekas Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Abu Bakar, mendedahkan bahawa tawaran gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa kurangnya pemain-pemain negara berhijrah dan berkelana ke luar negara.
Jika sejarah menjadi ukuran, sebelum Luqman Hakim, penulis masih mengingati perjalanan yang dilalui Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal mahupun Rudie Ramli, Juzaili Samion dan Akmal RIzal, kesemua mereka hanya bermain di luar negara dalam jangka masa singkat sebelum kembali ke Liga Malaysia.
Adakah perkara sama akan terjadi kepada Luqman Hakim? Safirul Abu Bakar menafikan perkara itu kerana menurut beliau, kontrak yang diterima Luqman adalah sama seperti pemain Eropah lain. maksudnya, Luqman menerima kontrak profesional dengan gaji tetap, disediakan tempat tinggal serta mempunyai bonus-bonus sampingan yang disifatkan akan menjadi pemangkin kepada Luqman untuk terus menimba ilmu.
Menegaskan tidak mengetahui kandungan kontrak-kontrak pemain Malaysia yang dahulu, tetapi beliau yakin dan percaya, gaji rendah yang diterima menjadi salah satu punca utama kenapa mereka tidak mampu bertahan. Bahkan, tawaran gaji di Liga Malaysia adalah lebih baik berbanding di luar negara. Bagaimanapun, Safirul positif bahawa Luqman Hakim akan melalui perjalanan karier yang berbeza dari senior-seniornya.
Penulis secara peribadi amat berharap Luqman Hakim mampu menyinar bersama KV Kortrijk, apatah lagi beliau turut memakai jersi nombor 9 di kelab itu. Dengan kemampuan kelab KV Kortrijk memberikan kontrak mewah kepada pemain yang baru berusia belasan tahun, penulis berharap Luqman tiada masalah 'cinggey' yang mampu merencatkan perjalanan kariernya.
Terima kasih juga penulis ucapkan kepada pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan, yang memberikan ruang dan peluang buat anak tempatan untuk menimba ilmu di luar negara. Diharapkan suatu hari nanti Luqman mampu memberikan semula bakti kepada skuad Harimau Malaya.
Okay dik, awak pun dah selamat sampai ke Belgium, kirim salam dekat Eden Hazard kalau terserempak dengan dia ya!