Skip to main content

Rencana

Ganamos de Nuevo

suarez-success-no-surprise-luis-enrique.jpg

Liga Sepanyol, La Liga akhirnya menutup tirai dengan melihatkan kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barcelona, namun kemenangan ini bukanlah kemenangan mudah apabila mereka terpaksa mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir liga, ekoran daripada persaingan ketat yang ditunjukkan musuh tradisi mereka, Real Madrid.

Barcelona mendahului liga hampir keseluruhan musim, termasuk dari perlawanan 21 hingga ke perlawanan ke 38 namun kedudukan mereka sering dibayangi oleh dua pasukan Madrid, Atletico dan Real Madrid.

Walaupun satu ketika mendahului dengan agak selesa, namun prestasi yang merudum pada bulan April menyebabkan pasukan Real Madrid menjarakkan kedudukan setelah pasukan Madrid mencatat kemenangan 12 kali berturut-turut.

Namun, kemenangan 3-0 keatas Granada hasil jaringan hatrik Luis Suarez telah memberi kejuaraan ke 24 dalam sejarah Barcelona,  kemenangan keenam dalam lapan musim terakhir.

Antara kunci kejayaan Barcelona kali ini boleh dikatakan terletak pada trio berbisa mereka, iaitu Luis Suarez, Neymar dan Lionel Messi.
Bagi Luis Suarez, ini mungkin antara musim bola sepak terbaik sepanjang karier beliau. Pemain Uruguay ini menjaringkan 59 gol di kesemua perlawanan, dan 40 daripadanya adalah di perlawanan liga.

Suarez juga menjadi pemain pertama semenjak 2009-2010 untuk memenangi “Pichichi Award”, iaitu anugerah penjaring terbaring terbanyak La Liga setelah sebelum ini didominasi oleh rakan sepasukan Lionel Messi dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

59 gol juga merupakan jumlah gol terbanyak dalam satu musim yang pernah dijaringkan oleh Suarez, mengatasi rekod beliau 49 gol sewaktu ketika bersama Ajax dahulu.

Selain mengungguli jumlah jaringan, Suarez juga mencatat jumlah 'assist' terbanyak di La Liga musim ini.Bagi pemain terbaik dunia, Lionel Messi, pengaruh beliau masih lagi kuat walaupun tidak menjaringkan gol sebanyak Suarez.

Diletakkan di posisi sedikit atas di bahagian tengah, tugas Messi merancang dan mengatur serangan bagi Barcelona menjadi kunci kejayaan mereka musim ini. Beliau juga turut menyumbangkan 26 gol, ketiga terbanyak di belakang Suarez dan Ronaldo.

Begitu juga dengan ahli ketiga trio MSN, iaitu penyerang Brazil, Neymar. Dengan 24 jaringan ( keempat liga bersama Karim Benzema) dan 14 assist (kedua liga bersama Koke), bekas penyerang Santos sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah salah seorang bintang muda dalam bola sepak dunia.

Selain di bahagian serangan, bahagian pertahanan Barcelona juga memainkan peranan penting dalam kejuaraan mereka tahun ini.

Dengan hanya bolos sebanyak 29 kali sepanjang musim, pertahanan Barca merupakan kedua terbaik liga di belakang Atletico Madrid dan penjaga gol utama, Claudio Bravo hanya melepaskan 22 gol sebanyak 32 perlawanan yang beliau beraksi.

Barcelona masih lagi akan meneruskan perjalanan bagi memungut piala untuk membawa pulang satu lagi trofi sebelum musim berakhir, apabila mereka akan bertemu Sevilla untuk perlawanan akhir Copa Del Rey dan sudah pasti, Barcelona sekali lagi akan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan tersebut.

 

Advertisement

Must Watch Video