Mungkin bahasa di atas nampak kasar tapi itu lebih senang, lebih pasar dan masuk telinga kanan duduk diam-diam.
Cerita apa ni, sampai seru mamalia besar? Kesian gajah, tak pasal-pasal...
Mudah, ceritanya pasal Josiah Ng, bekas pelumba basikal trek negara dan juga bekas jurulatih basikal trek Thailand.
Dia diketepikan serta dinafikan daripada menjawat jawatan jurulatih basikal trek negara selepas tiadanya persefahaman di antaranya dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Sebab apa?
Difahamkan Josiah meminta gaji yang tinggi daripada MSN di kala kantung perbelanjaan badan itu tidak mengizinkan.
Tetapi persoalannya, apakah tiada mekanisme terbaik sama ada rundingan lanjutan ataupun penetapan syarat yang menguntungkan kedua-dua pihak?
Mungkin Josiah tidak memahami situasi atau MSN tidak tahu bagaimana memujuk?
Perlu diingat, MSN telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mencipta Josiah Ng sebagai atlet berbasikal trek yang berjaya.
Dia merupakan atlet berbasikal trek pertama negara layak ke final acara keirin dalam temasya Olimpik, iaitu di Athens 2004.
Selepas itu, dia turut layak sertai Sukan Olimpik di Beijing 2008 dan London pada
2012.
Pada 2010, Josiah merangkul emas acara keirin dalam Sukan Komanwel di New Delhi, India.
Semua kejayaan itu adalah hasil gabungan terbaik di antara Jo dan juga MSN. Justeru, pasti ada jalan terbaik untuk mereka kembali bersatu.
Semua tentu masih ingat bagaimana Jo dilabel sebagai "pengkhianat" ketika dia membantu pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit, meraih emas keirin Sukan Asia di Indonesia tahun lalu. Apatah lagi Azizulhasni Awang antara mangsa Josiah Ng!
Tetapi, Jo tidak mahu terus bersama Thailand dan dia memilih untuk kembali ke Malaysia!
Tapi apa yang dia dapat?
Rundinglah baik-baik, Josiah minta gaji tinggi sebab dia dah 'produce' pingat emas Sukan Asialah, bukan
sukan cap ayam!
Kalau MSN tak mampu pun, sediakanlah perancangan yang mungkin Josiah boleh terima, 'be a gentleman' -- gosok sikit belakang Josiah tu.
Jangan sampai nanti Zimbabwe menang emas Olimpik dek penangan Josiah Ng! Baru kau tahu erti penyesalan!
Sebelum terlambat -- Jangan buat-buat tak nampak!